Isteri rakam video suami n0da pekerja wanita
Isteri rakam video suami n0da pekerja wanita

JAKARTA – Seorang isteri disyaki merakamkan video suaminya men0dai seorang pekerja wanita berumur 22 tahun di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan, lapor portal berita Detik News semalam.
Suami wanita itu ialah bos pekerja wanita tersebut. Jenayah itu disyaki berlaku di rumah pelaku di Barombong Makassar awal bulan ini.
Motif si isteri merakam perbuatan suaminya adalah supaya mangsa dipaksa bekerja tanpa menerima gaji.
“Menurut keterangan mangsa, rakaman itu mungkin digunakan sebagai ugutan. Suspek sebelum itu berkata, kamu (mangsa) mesti bekerja di sini tanpa bayaran’.
“Menurut mangsa, dia harus bekerja selama 15 tahun,” kata Setiausaha Yayasan Pemerhati Masalah Perempuan (YPMP) Sulawesi Selatan, Alita Karen di Ibu Pejabat Polis Bandar Makassar, seperti dilaporkan laman berita detikSulsel.
Alita mendedahkan bahawa mangsa sudah bekerja di perniagaan milik pasangan suami isteri itu selama 3 bulan.
Beliau berharap polis menyiasat kes itu dengan lebih mendalam kerana beberapa pekerja sebelum ini tidak tahan bekerja di situ. – AGENSI
Isteri rakam video suami n0da pekerja wanita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Proses Pengukuhan Parti Perlu Dilakukan Segera – Armand Azha
- Pak Mus Santuni Warga Palong, Sampaikan Sumbangan Beg Sekolah
- UMNO Perlis Perkukuh Hala Tuju, Rangka Langkah Strategik Gerak Kerja Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara
You must be logged in to post a comment.