Diallo memukau bantu Ivory Coast ke suku akhir

Diallo memukau bantu Ivory Coast ke suku akhir

Diallo memukau bantu Ivory Coast ke suku akhir
DIALLO (kiri) mencabar pertahanan Burkina Faso, Arsene Kouassi. FOTO AFP

Marrakesh: Pemain sayap Manchester United, Amad Diallo, mencuri tumpuan ketika Ivory Coast menewaskan Burkina Faso 3-0, awal pagi tadi dan muncul juara bertahan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pertama yang mara ke suku akhir sejak 2010.

Diallo meledak gol pembukaan dan mencipta gol kedua untuk Yan Diomande sebelum rehat.

Pemain gantian, Bazoumana Toure, melengkapkan jaringan pada minit-minit akhir perlawanan di Marrakesh.

“Kami berjuang sebagai satu pasukan. Semua pemain fokus untuk menyumbang dengan apa cara sekalipun.

“Kami juga mempunyai keserasian yang sangat baik di atas padang, keakraban yang menjadikan permainan kami lebih lancar.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mesyuarat Khas UMNO Perak Bincang Isu Semasa Dan Perancangan 2026


“Terdapat hubungan yang tulen. Tiada siapa cuba menjadi wira atau mahu menyerlah secara individu untuk negara.

“Jika saya ada peluang untuk membuat hantaran, saya akan lakukannya. Ia berlaku secara naluri. Saya berikan bola kepada rakan sepasukan. Itulah cara kami bermain,” kata Diallo.

Ivory Coast kini akan berkunjung ke selatan bandar pesisir pantai Maghribi, Agadir, untuk berdepan juara rekod tujuh kali, Mesir, pada Ahad ini bagi merebut tiket ke separuh akhir.

Sejak Mesir berjaya mempertahankan kejuaraan di Angola 16 tahun lalu, tujuh juara bertahan gagal mara ke peringkat lapan terakhir.

Cameroon dan Senegal tersingkir di pusingan 16 terbaik, Zambia, Ivory Coast dan Algeria tersingkir selepas peringkat kumpulan, manakala Mesir dan Nigeria gagal melayakkan diri ke kejohanan itu.

Diallo memukau bantu Ivory Coast ke suku akhir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker