Boulbina wira Algeria, Nigeria menanti di suku akhir

Boulbina wira Algeria, Nigeria menanti di suku akhir

Boulbina wira Algeria, Nigeria menanti di suku akhir
ADIL Boulbina (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP

Rabat: Jaringan menarik pemain gantian, Adil Boulbina pada masa tambahan memuktamadkan pertembungan sengit apabila Algeria menewaskan Republik Demokratik Congo (DR Congo) 1-0 dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), awal pagi tadi.

Perlawanan di Stadium Moulay El Hassan hampir berakhir dengan penentuan sepakan penalti sebelum Boulbina, penyerang yang beraksi bersama kelab di Qatar, meluru di sebelah kiri pada minit ke-119 sebelum mara ke dalam kotak penalti dan melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol lawan.

Detik magis itu mencetuskan sorakan gemuruh di dalam stadium, dengan majoriti 18,837 penonton yang hadir memberikan sokongan padu kepada Algeria.

Juara 2019 itu, yang memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan, kini dilihat sebagai antara pencabar utama untuk menjulang kejuaraan benua buat kali ketiga.

Bagaimanapun, mereka bakal berdepan ujian getir dalam aksi suku akhir menentang Nigeria yang diketuai Victor Osimhen di Marrakesh, Ahad ini

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mesyuarat Khas UMNO Perak Bincang Isu Semasa Dan Perancangan 2026


Boulbina muncul sebagai wira tidak diduga, hanya membuat penampilan kedua sebagai pemain gantian di kejohanan ini selepas disenaraikan dalam skuad berdasarkan aksinya bersama pasukan Algeria pada Piala Arab di Qatar baru-baru ini.

“Saya sentiasa bermimpi untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan. Ia adalah cita-cita setiap rakyat Algeria untuk bermain untuk negara dan melakukan yang terbaik.

“Saya mendapat peluang dan berjaya menjaringkan gol. Paling penting, kami menang dan layak ke pusingan seterusnya,” kata Boulbina yang tidak dapat menahan air mata selepas perlawanan.

Kekalahan itu amat perit buat DR Congo yang hadir ke AFCON dengan sasaran tinggi dan mengharapkan satu lagi pertemuan menentang Nigeria selepas menewaskan Super Eagles menerusi penentuan penalti dalam perlawanan playoff kelayakan Piala Dunia pada November lalu.

Bagaimanapun, skuad Leopards masih boleh mengubat kekecewaan apabila bakal beraksi dalam playoff antara benua pada Mac, di mana kemenangan sama ada ke atas New Caledonia atau Jamaica akan menyaksikan mereka layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1974.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid


“Kami jelas kecewa dengan keputusan ini. Saya rasa ia perlawanan bertaraf tinggi antara dua pasukan yang sangat bagus.

“Pemain memberikan segalanya. Kami berjuang hingga ke saat akhir tetapi malangnya ia tidak mencukupi,” kata ketua jurulatih DR Congo, Sebastien Desabre.

Boulbina wira Algeria, Nigeria menanti di suku akhir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker