307 mangsa banjir Sarawak masih berada di PPS

307 mangsa banjir Sarawak masih berada di PPS

307 mangsa banjir Sarawak masih berada di PPS
307 penduduk daripada 112 keluarga masih berlindung di PPS di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu. – Foto NSTP/Ihsan JKM MIRI

KUCHING : Seramai 307 penduduk daripada 112 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu, di Miri, selepas kediaman mereka dilanda banjir sejak Sabtu lalu.

Penduduk yang terjejas banjir dari sekitar Bekenu iaitu Kampung Kawang, Kampung Jenggalas, Kampung Rambai dan Kampung Pintasan.

Turut terjejas akibat banjir Kampung Masjid, Kampung Kuala Lajung, Kampung Kampung Majelin, Kampung Kelapa dan Kampung Dagang.

PPS di SMK Bekenu dibuka sejak jam 2.30 petang, Ahad lalu.

Sementara itu, jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, pemantauan paras air sungai menunjukkan beberapa kawasan di Sarawak masih berada pada paras bahaya, amaran dan waspada.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid


“Sungai-sungai yang berapa paras amaran pula direkodkan di Bahagian Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Beberapa sungai di Bahagian Betong, Sibu, Miri dan Limbang pula berada pada paras waspada,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan data rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak, air pasang besar yang mencecah ketinggian 6.1 meter dijangka berlaku di negeri ini pada jam 7.32 malam ini.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak membimbangkan kerana laporan MetMalaysia meramalkan tiada hujan berlaku di negeri ini, hari ini.

307 mangsa banjir Sarawak masih berada di PPS


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker