UMNO Sabah Perlu Kekal Fokus, Elak Terheret Polemik Politik

UMNO Sabah Perlu Kekal Fokus, Elak Terheret Polemik Politik

Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Tampin Ringankan Beban Pelajar

KOTA KINABALU, 5 Jan – Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menegaskan bahawa hala tuju politik negeri tidak seharusnya ditentukan oleh pertimbangan politik di peringkat pusat.

Menurut beliau, gesaan terbaru oleh Pemuda UMNO di peringkat nasional berpunca daripada perkembangan politik di Semenanjung, namun keadaan itu tidak wajar mempengaruhi keputusan politik di Sabah.

“Sabah mempunyai realiti politik dan sosial yang berbeza. Keutamaan rakyat Sabah adalah perpaduan, kestabilan, dan tadbir urus yang berkesan,” kata Salleh.
Beliau menekankan bahawa perpaduan dalam kerajaan negeri mestilah menjadi agenda utama bagi memastikan kesinambungan pentadbiran dan perancangan pembangunan jangka panjang.

Fokus utama Sabah juga termasuk pembangunan, tuntutan autonomi sebenar, dan hak negeri sepenuhnya, termasuk 40 peratus hasil negeri seperti diperuntukkan dalam perjanjian dan prinsip perlembagaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri


UMNO Sabah, jelas Salleh, harus berautonomi dalam menentukan pendirian dan hala tuju politiknya.

“Keputusan yang melibatkan Sabah perlu berpandukan kepentingan negeri, bukannya terikut-ikut dengan polemik politik di peringkat pusat,” tegas beliau.

Beliau menyeru semua pihak di Sabah untuk mengekalkan fokus dalam mentadbir, membangun, dan mempertahankan hak negeri tanpa terheret dengan isu politik dari luar. – UMNO Online

UMNO Sabah Perlu Kekal Fokus, Elak Terheret Polemik Politik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mesyuarat Khas UMNO Perak Bincang Isu Semasa Dan Perancangan 2026

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker