Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Tampin Ringankan Beban Pelajar

Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Tampin Ringankan Beban Pelajar

Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Tampin Ringankan Beban Pelajar

TAMPIN, 5 Jan – Menjelang permulaan sesi persekolahan baharu, sokongan keluarga dan komuniti terhadap pendidikan anak-anak amat penting termasuk membantu mendepani cabaran kewangan untuk kelengkapan sekolah.

Sehubungan itu, Program Kembali ke Sekolah Parlimen Tampin telah diadakan semalam di Pasaraya Ten Ten, Gemencheh, membabitkan seramai 100 pelajar SKJC dan SJKT dalam kawasan terbabit.

Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa berkata inisiatif ini bertujuan meringankan beban keluarga serta memberi semangat kepada pelajar.

“Saya berasa amat gembira dapat melihat senyuman anak-anak apabila menerima sumbangan ini. Program seperti ini bukan sahaja membantu dari segi kewangan, tetapi juga memberi motivasi kepada pelajar untuk terus bersemangat menuntut ilmu.”

Beliau yang menyempurnakan majlis perasmian program terbabit juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut, termasuk pengurusan Pasaraya Ten Ten, guru-guru, ibu bapa, serta sukarelawan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri


Menurutnya, kerjasama daripada semua pihak adalah kunci kejayaan inisiatif sebegini.

Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Tampin Ringankan Beban Pelajar

“Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban keluarga serta memberi semangat kepada anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih ceria dan yakin,” katanya.

Ujarnya, Program Kembali ke Sekolah Parlimen Tampin ini adalah salah satu daripada pelbagai usaha untuk menyokong pendidikan dan kesejahteraan komuniti setempat. – UMNO Online

Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Tampin Ringankan Beban Pelajar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mesyuarat Khas UMNO Perak Bincang Isu Semasa Dan Perancangan 2026

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker