PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid
PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menzahirkan doa agar calon-calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.diberi kemenangan dalam perjuangan mereka berkhidmat kepada rakyat.
Beliau berkata demikian ketika berkesempatan bertemu calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Mohd Ismail Ayob (Miha), serta calon Parlimen Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Moktar.
“Semoga Allah SWT mengurniakan kemenangan kepada calon-calon BN untuk terus berbakti kepada warga Lamag dan Kinabatangan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
Menurut beliau, kemenangan calon-calon tersebut penting bagi memastikan kesinambungan khidmat bakti dan pembangunan kepada masyarakat setempat, selaras dengan aspirasi BN untuk memperjuangkan kesejahteraan rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2026: KPT Tekad Terjemah Visi Kepada Tindakan Dan Hasil – Dr Zambry
- 2026: Melangkah Ke Hadapan, Membina Masa Depan
Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 24 Januari 2026 sebagai tarikh mengundi bagi PRK dengan hari mengundi awal pula akan diadakan pada 20 Januari 2026, manakala tarikh penamaan calon pada 10 Januari ini.
PRK ini diadakan susulan penyandangnya, Allahyarham Datuk Bung Moktar Radin meninggal dunia pada 5 Disember lalu. – UMNO Online
PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN: ‘Masih Ada Dalam Group WhatsApp’ Bukan Ukuran Kukuhnya Parti
- Johor Bincang Kerjasama Strategik Bersama Alibaba Group Dalam Bidang AI
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mesyuarat Khas UMNO Perak Bincang Isu Semasa Dan Perancangan 2026
You must be logged in to post a comment.