Neville terkejut Amorim dipecat terlalu cepat di Manchester United

Neville terkejut Amorim dipecat terlalu cepat di Manchester United

Neville terkejut Amorim dipecat terlalu cepat di Manchester United
Pengendali Manchester United Ruben Amorim. – Foto Reuters

London: Bekas kapten Manchester United, Gary Neville mengakui terkejut dengan kepantasan Ruben Amorim disingkirkan daripada jawatan pengurus selepas pengendali dari Portugal itu dipecat pada Isnin, hanya 14 bulan mengemudi kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu.

Amorim meninggalkan Old Trafford ketika United yang berada di tangga keenam liga, susulan keputusan seri menentang Leeds, iaitu selepas mencatatkan 1-1 di laman sendiri menentang pasukan tercorot, Wolves.

Pengendali berusia 40 tahun itu merekodkan peratusan kemenangan terendah iaitu 31.9 peratus daripada tujuh pengurus yang membimbing United sejak era Alex Ferguson berakhir pada 2013, tahun terakhir kelab itu menjulang kejuaraan liga.

Pemecatan Amorim turut dikaitkan dengan ketegangan yang semakin memuncak bersama pihak pengurusan kelab, termasuk pengarah bola sepak, Jason Wilcox, dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Situasi menjadi semakin panas selepas Amorim mengeluarkan beberapa kenyataan berprofil tinggi selepas aksi seri di Elland Road, termasuk menegaskan dirinya adalah pengurus Manchester United dan bukan sekadar jurulatih.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mesyuarat Khas UMNO Perak Bincang Isu Semasa Dan Perancangan 2026


Beliau juga secara terbuka meminta bahagian pencarian bakat dan Wilcox menjalankan tugas mereka dalam sidang media selepas perlawanan, yang mencetuskan spekulasi besar mengenai masa depannya.

Neville yang kini menjadi penganalisis televisyen berkata, pemecatan seseorang pengurus adalah gambaran kegagalan semua pihak yang terbabit.

“Apabila seorang pengurus dipecat, ia mencerminkan kegagalan semua pihak. Semua orang kalah, terutama apabila pemecatan berlaku di pertengahan musim kerana sangat sukar mendapatkan pengganti yang sesuai.

“Saya terkejut ia berlaku pagi ini(semalam). Saya tidak terkejut ia berlaku, tetapi saya tidak sangka ia akan berlaku sepantas ini. Saya fikir mereka akan bertahan beberapa minggu lagi,” katanya sambil menyifatkan persembahan United kebelakangan ini sebagai mengejutkan, dengan perlawanan menentang Wolves dianggap sebagai titik penamat Amorim.

Bekas pemain tengah United, Paul Scholes pula berpendapat Amorim ‘mencari masalah sendiri’ apabila mempersoalkan hierarki kelab secara terbuka, sambil mencadangkan jurulatih England, Thomas Tuchel sebagai calon utama pengganti tetap selepas Piala Dunia tahun ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri


Sementara itu, legenda England Gary Lineker menyifatkan Amorim sebagai individu yang tidak sesuai mengendalikan kelab yang dilabelnya sebagai'”bercelaru’, dengan menegaskan pemain sedia ada tidak sepadan falsafah permainan yang dibawanya.

Di tengah kehangatan itu, pertahanan United, Harry Maguire turut mengucapkan penghargaan kepada Amorim menerusi Instagram dengan memuat naik gambar mereka bersalaman disertai mesej ringkas mendoakan kejayaan bekas pengurusnya itu pada masa depan.

Neville terkejut Amorim dipecat terlalu cepat di Manchester United

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker