MARA Tidak Pernah Sisihkan Golongan T20 – Dr Asyraf

MARA Tidak Pernah Sisihkan Golongan T20 – Dr Asyraf

MARA Tidak Pernah Sisihkan Golongan T20 – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi menegaskan bahawa MARA tidak pernah menyisihkan golongan T20 atau yang berpendapatan tinggi.

Ujarnya, MARA membuka peluang seluasnya kepada semua bumiputera mengikut keupayaan keusahawanan dan memberikan keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana untuk pendidikan.

“Dalam bidang keusahawanan MARA buka peluang seluasnya kepada semua bumiputera ikut keupayaan; dalam pendidikan keutamaan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana kerana itulah asas penubuhan MARA.

“Dalam melaksanakan amanah bangsa ini, saya dan MARA tidak pernah menyisihkan golongan T20 atau yang berpendapatan tinggi.

“Cuma keutamaan saya adalah untuk memastikan terlebih dahulu nasib mereka yang dari golongan miskin, yatim dan berpendapatan sederhana benar-benar terbela.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri


“Saya tidak rela mendengar ada anak bangsa yang tercicir atau tertangguh pengajian hanya kerana tidak mampu atau punya kekangan kewangan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Mengulas lanjut, Dr Asyraf yang juga Setiausaha Agung UMNO menegaskan bahawa MARA telah diilhamkan oleh pemimpin UMNO untuk membawa perubahan kepada anak bangsa melalui ilmu pengetahuan.

“Jika kita nak melihat perubahan kepada anak bangsa, hanya ilmu pengetahuan sahaja yang boleh merubah kehidupan.

“Demikianlah juga hasrat kepimpinan UMNO terdahulu apabila mengilhamkan dan mengasaskan penubuhan MARA. Insya-Allah agenda inilah yang sedang saya teruskan,” katanya lagi. – UMNO Online

MARA Tidak Pernah Sisihkan Golongan T20 – Dr Asyraf

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mesyuarat Khas UMNO Perak Bincang Isu Semasa Dan Perancangan 2026

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker