Gvardiol patah kaki, pertahanan Man City makin tenat

Gvardiol patah kaki, pertahanan Man City makin tenat

Gvardiol patah kaki, pertahanan Man City makin tenat
Pemain Manchester City, Josko Gvardiol menerima rawatan perubatan selepas mengalami kecederaan. – Foto Reuters

London: Manchester City mengesahkan pertahanan mereka, Josko Gvardiol mengalami patah kaki selepas tercedera dalam aksi seri 1 1 menentang Chelsea di Stadium Etihad.

Pemain kebangsaan Croatia itu menjadi antara dua bek tengah City yang terpaksa dikeluarkan pada babak kedua, bersama Ruben Dias, sebelum Enzo Fernandez menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan untuk pelawat.

Keputusan seri itu menyaksikan City kekal di tangga kedua Liga Perdana Inggeris namun kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, City mengesahkan Gvardiol mengalami keretakan tulang tibia di kaki kanan.

Sebelum pengesahan dibuat, pengurus City, Pep Guardiola mengakui keadaan kedua dua pemain yang tercedera tidak kelihatan baik.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mesyuarat Khas UMNO Perak Bincang Isu Semasa Dan Perancangan 2026


Setakat ini, tahap kecederaan yang dialami Ruben Dias masih belum diumumkan secara rasmi.

Kehilangan Gvardiol dan Dias menambah lagi masalah City di bahagian pertahanan, apabila John Stones masih berehat sejak sebulan lalu akibat kecederaan paha, manakala Rayan Ait Nouri pula bersama Algeria di Piala Negara Negara Afrika.

Masalah City turut bertambah apabila pemain tengah Nico Gonzalez terlepas aksi menentang Chelsea, selain Guardiola juga tidak dapat menggunakan khidmat Savinho, Oscar Bobb, Mateo Kovacic dan Omar Marmoush menjelang pertembungan dengan Brighton pada Rabu ini.

Di sebalik deretan berita kurang baik, City menerima suntikan positif dengan kembalinya Rodri yang beraksi penuh 90 minit menentang Chelsea, penampilan pertamanya sebagai pemain kesebelasan utama sejak Oktober lalu.

Pemain tengah Sepanyol itu sebelum ini berdepan beberapa kemunduran, termasuk masalah hamstring ketika cuba pulih daripada kecederaan lutut serius yang menyisihkannya hampir sepanjang musim lalu.

“Ia tempoh yang sangat sukar buat saya. Segala yang saya dapat sekarang adalah satu hadiah dan setiap minit di atas padang memberi kegembiraan,” kata Rodri yang bersyukur diberi peluang kedua untuk kembali menikmati kariernya sebagai pemain bola sepak.

Gvardiol patah kaki, pertahanan Man City makin tenat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker