BERSATU pecat Saifuddin Abdullah
BERSATU pecat Saifuddin Abdullah

Kuala Lumpur: Bersatu memecat ahli Majlis Pimpinan Tertingginya Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkuat kuasa hari ini.
Perkara itu disahkan Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia Harris Idaham Rashid ketika dihubungi Bernama sebentar tadi.
“Ya betul (pemecatan itu). (Ini kerana) Beliau sebelum ini pernah dalam platform terbuka mengkritik Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin).
“Beliau telah diberi peluang bagi membela diri dan mesyuarat Lembaga Disiplin yang bermesyuarat semalam telah memutuskan pemecatan beliau,” katanya.
Harris Idaham berkata Saifuddin telah melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti, namun tidak memperincikan kesalahan khusus yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN: ‘Masih Ada Dalam Group WhatsApp’ Bukan Ukuran Kukuhnya Parti
- Johor Bincang Kerjasama Strategik Bersama Alibaba Group Dalam Bidang AI
Mesyuarat Khas UMNO Perak Bincang Isu Semasa Dan Perancangan 2026
Sementara itu, Saifuddin ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau telah dipecat sebagai ahli Bersatu.
Saifuddin yang juga bekas Pengerusi Perikatan Nasional Pahang memaklumkan beliau menerima maklumat mengenai perkara itu hari ini.
“Saya akan membuat rayuan dalam beberapa hari lagi,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Sabah Perlu Kekal Fokus, Elak Terheret Polemik Politik
- Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Tampin Ringankan Beban Pelajar
- MARA Tidak Pernah Sisihkan Golongan T20 – Dr Asyraf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.