17 pengarah syarikat terima perolehan Tentera Darat direman
17 pengarah syarikat terima perolehan Tentera Darat direman

KUALA LUMPUR: Seramai 17 daripada 26 pengarah syarikat disyaki terbabit dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Majistret Ezrene Zakariah memberi kebenaran perintah reman selama lima hari sehingga Sabtu ini terhadap kesemua suspek selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Difahamkan, kesemua suspek yang terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 60-an itu ditahan antara 8.30 hingga 11.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM, Putrajaya.
BH juga dimaklumkan, siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki membayar wang rasuah kepada pegawai kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai balasan untuk mendapatkan projek pembekalan dan penyelenggaraan dengan agensi itu.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Sabah Perlu Kekal Fokus, Elak Terheret Polemik Politik
- Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Tampin Ringankan Beban Pelajar
- MARA Tidak Pernah Sisihkan Golongan T20 – Dr Asyraf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid
Semalam, SPRM menyatakan pihaknya memulakan siasatan terhadap 26 syarikat di sekitar Lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang yang disyaki terbabit dalam tender perolehan Tentera Darat.
BH difahamkan, SPRM turut menyiasat kesemua pemilik syarikat itu yang menerima tender perolehan daripada agensi kerajaan berkenaan.
Sebelum ini, BH melaporkan, terdapat beberapa individu lain dikenal pasti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbabit dalam rasuah yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan Tentera Darat.
Petunjuk terbaharu itu diketahui dalam siasatan agensi berkenaan terhadap beberapa projek tender perolehan Tentera Darat yang sedang giat dijalankan SPRM sejak beberapa minggu lalu.
SPRM juga menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan dakwaan rasuah membabitkan perolehan projek TDM.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2026: KPT Tekad Terjemah Visi Kepada Tindakan Dan Hasil – Dr Zambry
- 2026: Melangkah Ke Hadapan, Membina Masa Depan
Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri
Azam ketika mengesahkan perkara itu berkata, satu kertas siasatan telah dibuka bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berhubung kes berkenaan.
SPRM pada 23 Disember tahun lalu hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan menyiasat projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.
Pada 24 Disember 2025, SPRM telah memanggil tiga individu untuk dirakam keterangan berhubung kes itu.
17 pengarah syarikat terima perolehan Tentera Darat direman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN: ‘Masih Ada Dalam Group WhatsApp’ Bukan Ukuran Kukuhnya Parti
- Johor Bincang Kerjasama Strategik Bersama Alibaba Group Dalam Bidang AI
Mesyuarat Khas UMNO Perak Bincang Isu Semasa Dan Perancangan 2026
You must be logged in to post a comment.