Johor Bincang Kerjasama Strategik Bersama Alibaba Group Dalam Bidang AI

Johor Bincang Kerjasama Strategik Bersama Alibaba Group Dalam Bidang AI

Johor Bincang Kerjasama Strategik Bersama Alibaba Group Dalam Bidang AI
Johor Bincang Kerjasama Strategik Bersama Alibaba Group Dalam Bidang AI

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersyukur beliau dan delegasi negeri telah mengadakan perbincangan strategik bersama Alibaba Group Holding Limited di Hangzhou, China, bagi meneroka peluang kerjasama yang lebih erat dalam kecerdasan buatan (AI).

Menurutnya, Alibaba Group merupakan antara syarikat teknologi global terkemuka dalam bidang e-dagang, pengkomputeran awan, logistik pintar dan AI yang menjadi pemacu utama pendigitalan perniagaan dan rantaian bekalan di peringkat antarabangsa.

“Dalam pertemuan ini, perbincangan memberi tumpuan kepada potensi memperluas peranan Alibaba di Johor, termasuk penggunaan AI, pembangunan infrastruktur digital, perkhidmatan awan serta perdagangan digital selari dengan pembagunan pusat data di Johor.

“Sebagai bukti komitmen serantau, Alibaba Cloud telah memperluaskan operasinya di Malaysia dengan pelancaran pusat data ketiga pada tahun 2025, dan merancang penambahan pusat data baharu dalam tempoh terdekat,” kata Onn Hafiz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dalam satu catatan di Facebook.

Tambahnya, perkembangan ini menunjukkan keyakinan Alibaba terhadap Malaysia sebagai hab teknologi dan digital di Asia Tenggara, yang turut memberi peluang besar kepada Johor.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi


Selain itu ujarnya, kerajaan negeri turut mengetengahkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai platform strategik bagi Alibaba mengembangkan penyelesaian digitalnya ke pasaran ASEAN, selain membuka ruang kerjasama untuk memperkasa PKS tempatan melalui pendigitalan, akses pasaran global dan pembangunan kemahiran digital.

“Semoga lawatan kerja ini menjadi langkah awal ke arah kerjasama jangka panjang yang berimpak tinggi, memperkukuh ekosistem digital Johor, mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan demi kesejahteraan Bangsa Johor. Insya-Allah,” katanya. – UMNO ONLINE

Johor Bincang Kerjasama Strategik Bersama Alibaba Group Dalam Bidang AI

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Konvensyen Khas Pemuda UMNO: Dr Akmal Yakin Kepimpinan Tidak Abai Suara Akar Umbi

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker