Tugas Wakil Rakyat Bukan Sekadar Di Pejabat, Perlu Turun Padang Santuni Rakyat

Tugas Wakil Rakyat Bukan Sekadar Di Pejabat, Perlu Turun Padang Santuni Rakyat

Tugas Wakil Rakyat Bukan Sekadar Di Pejabat, Perlu Turun Padang Santuni Rakyat
Tugas Wakil Rakyat Bukan Sekadar Di Pejabat, Perlu Turun Padang Santuni Rakyat

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai Datuk Mohd Jafni Md Shukor berpandangan tugas wakil rakyat bukan hanya duduk di pejabat, tetapi turun padang, berjumpa rakyat, memahami denyut nadi mereka dan berusaha menyelesaikan masalah sebaik mungkin bersama rakyat, untuk rakyat.

Kata Ketua UMNO Bahagian Kulai itu, duduk santai tanpa protokol, bersembang dari hati ke hati bersama rakyat dan di situlah bermulanya sebuah kepercayaan, apabila ruang diberikan untuk berbicara secara jujur dan terbuka, tanpa jarak antara wakil rakyat dan masyarakat.

“Sebagai Wakil Rakyat, setiap pertemuan adalah peluang untuk mendengar. Isu yang diutarakan, pandangan yang dikongsi dan masalah yang diluahkan, semuanya saya ambil serius kerana itulah realiti kehidupan rakyat di lapangan.

“Ada yang datang membawa keresahan, ada yang sekadar mahu berkongsi cadangan. Apa pun bentuknya, setiap suara adalah amanah yang perlu diberi perhatian dan tindakan susulan,” kata Mohd Jafni yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor dalam satu catatan di Facebook.

Tambahnya, Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi terus komited menjaga kesejahteraan rakyat.

Jelasnya lagi, turun padang seperti ini membuktikan kepimpinan negeri sentiasa dekat di hati rakyat.

“Semoga program santai seperti ini mengeratkan ukhuwah, meningkatkan keyakinan dan mempercepat penyelesaian keperluan rakyat. Kita terus bersama rakyat dalam susah dan senang,” katanya. – UMNO ONLINE

Tugas Wakil Rakyat Bukan Sekadar Di Pejabat, Perlu Turun Padang Santuni Rakyat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker