Tertuduh kes dadah bebas, polis mengaku tikus makan 200 kilogram ganja
Tertuduh kes dadah bebas, polis mengaku tikus makan 200 kilogram ganja

NEW DELHI – Sebuah mahkamah di timur India membebaskan tertuduh utama dalam kes pengedaran dadah dan mengkritik polis kerana gagal mengendalikan bahan bukti, lapor akhbar Independent.
Hakim mahkamah berkenaan mengkritik polis selepas pegawainya berkata, tikus telah makan hampir 200 kilogram ganja yang dirampas, bernilai kira-kira 10 juta rupee (RM449,000).
Kes itu bermula pada 2022 apabila polis negeri Jharkhand menahan sebuah kenderaan di lebuh raya dan menemui sejumlah besar ganja yang disorok.
Namun, semasa perbicaraan, seorang pegawai polis memberitahu mahkamah bahawa dadah itu tidak dapat dikemukakan sebagai bahan bukti kerana dimakan tikus semasa dalam simpanan mereka.
Hakim berkata, penjelasan tersebut menimbulkan keraguan terhadap kesahihan rampasan yang dilakukan dan cara kes dikendalikan oleh polis.
Mahkamah memutuskan bahawa tuduhan gagal dibuktikan dan mengarahkan tertuduh dibebaskan. – AGENSI
Tertuduh kes dadah bebas, polis mengaku tikus makan 200 kilogram ganja
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tugas Wakil Rakyat Bukan Sekadar Di Pejabat, Perlu Turun Padang Santuni Rakyat
- ‘Bila Larut Malam 3.0’ Melaka Kembali Lagi Tahun Ini – Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Konvensyen Khas Pemuda UMNO: Dr Akmal Yakin Kepimpinan Tidak Abai Suara Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.