Rosenior nafi khabar ke Chelsea, fokus bersama Strasbourg
Rosenior nafi khabar ke Chelsea, fokus bersama Strasbourg

Paris: Ketua jurulatih Strasbourg, Liam Rosenior menegaskan tiada sebarang perkara konkrit berhubung laporan yang mengaitkannya dengan jawatan pengurus Chelsea selepas pasukannya seri 1-1 menentang Nice dalam saingan Ligue 1, awal pagi tadi.
Bekas pengendali Chelsea, Enzo Maresca meninggalkan kelab itu pada Khamis lalu, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa Rosenior yang membawa Strasbourg menamatkan saingan di tempat ketujuh musim lalu menjadi calon utama untuk mengambil alih tugasan di Stamford Bridge.
Namun, jurulatih berusia 41 tahun itu memilih untuk menepis khabar angin berkenaan dan menegaskan fokusnya ketika ini adalah sepenuhnya bersama Strasbourg.
“Saya mahu fokus kepada Strasbourg dan bukan perkara lain buat masa ini. Itu saja maklumat yang boleh saya berikan hari ini.
“Kami tidak tahu apa yang akan berlaku esok, tetapi ketika ini tiada apa yang konkrit,” kata Rosenior.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2026: KPT Tekad Terjemah Visi Kepada Tindakan Dan Hasil – Dr Zambry
- 2026: Melangkah Ke Hadapan, Membina Masa Depan
Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri
Keputusan seri berkenaan menyaksikan Strasbourg, yang dimiliki oleh konsortium BlueCo selaku syarikat induk Chelsea, kekal di tangga ketujuh liga dan masih belum mencatat kemenangan liga sejak 9 November lalu.
Dalam perlawanan di Pantai Cote d’Azur itu, penyerang Argentina, Joaquin Panichelli meletakkan Strasbourg di depan seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti.
Nice bangkit menyamakan kedudukan 10 minit selepas babak kedua bermula hasil jaringan pemain baharu, Elye Wahi yang baru menyertai kelab itu secara pinjaman dari Eintracht Frankfurt, dalam perlawanan pertama Claude Puel bagi penggal kedua beliau bersama kelab itu.
Puel, 64, mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih Nice pada Isnin lalu bagi menggantikan Franck Haise ketika pasukan itu bergelut di zon bawah liga.
Bekas pengendali Leicester City itu berdepan cabaran besar apabila Nice hanya merekodkan satu kemenangan sejak akhir Oktober lalu, iaitu dalam saingan Piala Perancis menentang Saint-Etienne pada Disember.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Langkah 2026 Dengan Keinsafan Dan Iltizam Baharu – Wan Rosdy
- Azam Tahun Baharu Tekat Perjuangan, Perkukuh Semangat – Nurul Amal
- Melangkah 2026, Terus Perkukuh Agenda Reformasi Undang-undang Negara
Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi
Situasi tegang turut berlaku pada November lalu apabila pemain, staf dan pengurusan kelab berdepan kemarahan kira-kira 200 penyokong di pusat latihan selepas kekalahan 1-3 kepada Lorient.
Dalam perkembangan lain Ligue 1, Lyon mengekalkan peluang untuk layak ke kejohanan Eropah musim depan selepas menewaskan Monaco 3-1 hasil dua jaringan penyerang Republik Czech, Pavel Sulc.
Sementara itu, Rennes menghampiri slot terakhir Liga Juara-Juara dengan hanya dua mata memisahkan mereka daripada Lille selepas menewaskan lawan 2-0 hasil jaringan separuh masa kedua oleh Przemyslaw Frankowski dan Quentin Merlin.
Rosenior nafi khabar ke Chelsea, fokus bersama Strasbourg
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tugas Wakil Rakyat Bukan Sekadar Di Pejabat, Perlu Turun Padang Santuni Rakyat
- ‘Bila Larut Malam 3.0’ Melaka Kembali Lagi Tahun Ini – Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Konvensyen Khas Pemuda UMNO: Dr Akmal Yakin Kepimpinan Tidak Abai Suara Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.