Pusat kesihatan jadi kelab malam
Pusat kesihatan jadi kelab malam

JAKARTA – Sebuah pusat kesihatan di Kolaka Utara, wilayah Sulawesi Tenggara mengundang perhatian orang ramai apabila dijadikan sebagai kelab malam dan dipenuhi minuman beralkohol sempena sambutan Tahun Baharu, lapor portal berita iNews.
Kejadian berlaku di Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) Latowu kelmarin.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @kendariinfo menunjukkan sejumlah wanita berpakaian seksi sedang berjoget di pekarangan pusat kesihatan sambil mengikut rentak lagu yang rancak.
Selain menghidangkan minuman keras dan lampu berwarna-warni, sambutan Tahun Baharu itu dimeriahkan dengan pesta bunga api.
Rakaman itu mencatatkan lebih 270,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Orang yang sakit terus sembuh,” kata seorang netizen.
“Mereka lupa tempat itu bukan tempat untuk berparti,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Pusat kesihatan jadi kelab malam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tugas Wakil Rakyat Bukan Sekadar Di Pejabat, Perlu Turun Padang Santuni Rakyat
- ‘Bila Larut Malam 3.0’ Melaka Kembali Lagi Tahun Ini – Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Konvensyen Khas Pemuda UMNO: Dr Akmal Yakin Kepimpinan Tidak Abai Suara Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.