‘Penjara gemuk’ dibuka, kurung penghuni obes

‘Penjara gemuk’ dibuka, kurung penghuni obes

‘Penjara gemuk’ dibuka, kurung penghuni obes
SUASANA dalam ‘penjara gemuk’ di China. – Foto Instagram/@eggeats

BEIJING – Kem-kem tahanan dikenali sebagai ‘penjara gemuk’ dengan standard ketenteraan di China mengurung individu selama 28 hari untuk menurunkan berat badan mereka, lapor portal berita The Sun kelmarin.

Butiran mengenai kem yang sangat mencabar itu didedahkan di media sosial oleh seorang wanita Australia yang berada di dalam penjara tersebut.

Wanita berusia 28 tahun menggunakan nama @eggeats di Instagram itu imendokumentasikan pengalamannya selama empat minggu di kem berkenaan dengan kos AS$1,000 (RM4,000).

Mengesyorkan program itu, dia berkata: “Saya mendapat ramai kawan, semua orang baik dan tidak menghakimi kerana kami semua mempunyai matlamat yang sama, untuk mengurangkan lemak!”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri


Kem itu turut menawarkan pilihan dua minggu, namun pihak pengurusan menggalakkan pelan 28 hari bagi mendapatkan hasil terbaik.

Ia muncul sebagai sebahagian daripada rangkaian ‘penjara’ penurunan berat badan dikendalikan secara komersial atau oleh pemerintah, ketika China berusaha menangani masalah obesiti yang semakin meningkat.

Video yang dimuat naik menunjukkan rutin harian merangkumi empat jam senaman, bermula dengan kelas aerobik berkumpulan.

Ia diikuti kelas latihan berkumpulan dengan rehat singkat dan satu lagi sesi aerobik sebelum kelas berbasikal statik berintensiti tinggi.

Tiga hidangan yang disukat dengan teliti dihidangkan di atas dulang sepanjang hari dan peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan kem tanpa sebab yang sah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi


Sarapan adalah ringan, manakala makan tengah hari disajikan dalam kuantiti lebih besar, termasuk itik masak tumis, sayur goreng dan lobak merah mentah.

Rakaman video menunjukkan kawasan kem dikelilingi tembok konkrit tinggi, pintu besi dan pendawaian elektrik.

Pintu masuk dan keluar juga dikawal oleh pengawal keselamatan dan beroperasi di fasiliti atau kampus lama yang telah diubah suai di seluruh negara. – AGENSI

‘Penjara gemuk’ dibuka, kurung penghuni obes

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Konvensyen Khas Pemuda UMNO: Dr Akmal Yakin Kepimpinan Tidak Abai Suara Akar Umbi

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker