Pemain muda jadi wira, Senegal singkir Sudan mara ke suku akhir AFCON

Pemain muda jadi wira, Senegal singkir Sudan mara ke suku akhir AFCON

Pemain muda jadi wira, Senegal singkir Sudan mara ke suku akhir AFCON
Pemain remaja Senegal, Ibrahim Mbaye (kiri), beraksi menentang Mohamed Saeed Ahmed dari Sudan di Tangier Grand Stadium, Tangier. Mbaye muncul wira selepas masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol ketiga yang memastikan Senegal menundukkan Sudan 3-1 dalam pusingan 16 terakhir Piala Negara-Negara Afrika 2025. – Foto Reuters

Rabat: Penyerang remaja Ibrahim Mbaye mencuri tumpuan apabila meledak gol hanya empat minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian untuk membantu Senegal menewaskan Sudan 3-1 pada perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) di Tangiers, awal pagi tadi.

Pemain berusia 17 tahun milik Paris Saint-Germain (PSG) itu, yang sebelum ini mewakili Perancis di peringkat umur sebelum menukar kesetiaan antarabangsa kepada Senegal, memastikan kemenangan pasukan bekas juara itu selepas masuk pada minit ke-73.

Kemenangan berkenaan menyaksikan Senegal layak ke suku akhir dan bakal berdepan pemenang pertemuan Mali atau Tunisia di Casablanca.

Bagaimanapun, Senegal dikejutkan seawal minit keenam apabila Sudan mendahului menerusi Aamir Abdallah sebelum Pape Gueye bangkit meledak dua gol untuk membawa Senegal mendahului 2-1 menjelang rehat.

Gol pembukaan Sudan hadir menerusi penyudah berkualiti apabila Abdallah, yang beraksi bersama kelab divisyen dua Australia di Melbourne, melengkungkan bola melepasi bekas penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri


Sudan, yang layak ke pusingan kalah mati sebagai antara empat pasukan tempat ketiga terbaik, memberi tentangan sengit meskipun berada 99 anak tangga di bawah Senegal dalam ranking dunia dan mewakili negara yang bergolak akibat perang saudara sejak April 2023.

Senegal menyamakan kedudukan pada minit ke-33 hasil sentuhan Sadio Mane yang membuka ruang buat Gueye melepaskan rembatan rendah ke penjuru gawang.

Tekanan berterusan akhirnya membuahkan hasil apabila Gueye sekali lagi menemui sasaran pada masa tambahan separuh masa pertama selepas menyudahkan hantaran lintang dengan tenang untuk meletakkan Senegal di depan.

Separuh masa kedua menyaksikan Sudan terus diasak, namun penjaga gol Monged Abuzaid beberapa kali menyelamatkan pasukannya termasuk menafikan percubaan Nicolas Jackson dan Ismaila Sarr.

Mbaye akhirnya mengesahkan kemenangan Senegal pada minit ke-77 apabila pantas menyambar hantaran jauh sebelum menewaskan Abuzaid di tiang dekat, sekali gus menutup kebangkitan Sudan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi


Jurulatih Senegal, Pape Thiaw memuji disiplin tinggi Sudan sambil mengakui pasukannya perlu bekerja keras untuk bangkit selepas ketinggalan awal.

“Kami berdepan pasukan Sudan yang sangat berdisiplin dan layak berada sejauh ini. Kami perlu berjuang untuk bangkit dan menang,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Sudan, Kwesi Appiah tetap berbangga dengan anak buahnya meskipun tersingkir.

“Saya kecewa dengan keputusan, tetapi bangga dengan usaha pemain. Mereka mewakili Sudan dengan penuh maruah,” katanya.

Pemain muda jadi wira, Senegal singkir Sudan mara ke suku akhir AFCON


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Konvensyen Khas Pemuda UMNO: Dr Akmal Yakin Kepimpinan Tidak Abai Suara Akar Umbi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker