Pegawai tentera didakwa bayar RM23,000 selepas noda gadis

Pegawai tentera didakwa bayar RM23,000 selepas noda gadis

Pegawai tentera didakwa bayar RM23,000 selepas noda gadis
SEORANG pegawai tentera laut didakwa merogol seorang gadis. – Foto Naewna

BANGKOK – Seorang pegawai tentera laut Thailand didakwa membayar 180,000 baht (RM23,000) kepada seorang gadis selepas dia menodainya di wilayah Chon Buri, lapor portal berita Thaiger.

Gadis berusia 23 tahun itu membuat aduan di Balai Polis Sattahip pada 30 Disember tahun lalu selepas dinoda dan ditinggalkan dalam keadaan tanpa seurat benang bogel awal pagi 28 Disember lepas.

Mangsa berkata, dia hanya mengetahui bahawa suspek ialah seorang pegawai tentera laut.

Menurut gadis itu, dia dan dua rakannya yang juga wanita, keluar minum di sebuah tempat hiburan sekitar pukul 10 malam (waktu tempatan).

Dua lelaki Thai kemudian menyertai meja tiga wanita tersebut dan memperkenalkan diri sebagai kelasi.

Apabila memutuskan untuk meninggalkan tempat hiburan itu, seorang lelaki lain menghampiri mangsa dan menawarkan untuk menghantarnya pulang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri


Percaya bahawa lelaki itu adalah rakan kepada dua pelaut tadi, gadis tersebut bersetuju tetapi kemudian menyedari bahawa dia tidak dibawa ke tempat penginapannya.

Sebaliknya, lelaki itu memandunya ke sebuah penginapan tentera laut dan suspek cuba membawa gadis tersebut ke biliknya, tetapi mangsa menolak.

Wanita itu memberitahu polis bahawa dia tidak mampu melarikan diri dan dinodai di atas but sebuah kenderaan yang diparkir di penginapan tersebut.

Portal berita Matichon kemudian melaporkan bahawa mangsa menarik balik aduannya selepas suspek bersetuju untuk membayar 180,000 baht sebagai ganti rugi. – AGENSI

Pegawai tentera didakwa bayar RM23,000 selepas noda gadis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Konvensyen Khas Pemuda UMNO: Dr Akmal Yakin Kepimpinan Tidak Abai Suara Akar Umbi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker