Mali bangkit guna 10 pemain, singkir Tunisia menerusi penalti

Mali bangkit guna 10 pemain, singkir Tunisia menerusi penalti

Mali bangkit guna 10 pemain, singkir Tunisia menerusi penalti
Penyerang MaliLassine Sinayoko, menjaringkan gol pertama pasukannya dari sepakan penalti semasa perlawanan pusingan 16 Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) menentang Tunisia di Stadium Mohammed V, Casablanca. – Foto AFP

Casablanca: Mali mencipta kebangkitan luar biasa apabila menewaskan Tunisia 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti walaupun beraksi dengan 10 pemain untuk mara ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), awal pagi tadi.

Perlawanan pusingan 16 terakhir di Stadium Mohammed V itu berakhir 1-1 selepas masa tambahan sebelum El Bilal Toure muncul wira dengan menyempurnakan sepakan penalti penentuan buat Mali.

Tunisia dilihat hampir memastikan kemaraan apabila pemain gantian, Firas Chaouat menanduk masuk gol pada minit ke-88 untuk meletakkan Carthage Eagles di depan ketika lawan kekurangan seorang pemain.

Mali terpaksa bermain dengan 10 pemain sejak minit ke-26 selepas pertahanan kanan, Woyo Coulibaly dilayangkan kad merah terus akibat kekasaran terhadap Hannibal Mejbri.

Namun, drama tercetus pada masa kecederaan apabila Mali dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan Tunisia, Yassine Meriah di dalam kotak penalti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri


Penyerang Auxerre, Lassine Sinayoko kekal tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-96 selepas semakan VAR, sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Tunisia bergelut mencipta peluang dalam keadaan hujan lebat sepanjang masa tambahan, dengan ramai penyokong meninggalkan tempat duduk di stadium yang sebahagiannya tidak berbumbung.

Chaouat hampir menjadi wira sekali lagi apabila menjaringkan gol pada awal separuh masa kedua tambahan, namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.

Perlawanan akhirnya ditentukan menerusi sepakan penalti, dengan kapten Mali yang juga pemain tengah Tottenham Hotspur, Yves Bissouma mensia-siakan sepakan pertama apabila rembatan beliau melepasi palang.

Bagaimanapun, kegagalan Ali Abdi untuk Tunisia serta dua penyelamatan penting oleh penjaga gol Mali, Djigui Diarra ke atas sepakan Elias Achouri dan Mohamed Ali Ben Romdhane mengubah keadaan.

Toure yang sebelum ini gagal menyempurnakan penalti di stadium sama ketika peringkat kumpulan bangkit menebus kekecewaan apabila menjaringkan sepakan kemenangan untuk Mali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi


Ketua jurulatih Mali, Tom Saintfiet memuji semangat juang pasukannya sambil menyifatkan anak buahnya sebagai wira sebenar.

“Sebelum perlawanan saya sudah katakan pasukan ini adalah wira, dan sekarang tiada perkataan lain untuk menggambarkan mereka. Setiap pemain berjuang habis-habisan untuk negara dan penjaga gol memainkan peranan besar dalam penentuan penalti,” katanya.

Mali, yang masih memburu kejuaraan AFCON pertama mereka, akan bertemu juara 2022 Senegal di peringkat suku akhir di Tangiers pada Jumaat ini.

Mali bangkit guna 10 pemain, singkir Tunisia menerusi penalti

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Konvensyen Khas Pemuda UMNO: Dr Akmal Yakin Kepimpinan Tidak Abai Suara Akar Umbi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker