Konvensyen Khas Pemuda UMNO: Dr Akmal Yakin Kepimpinan Tidak Abai Suara Akar Umbi
Konvensyen Khas Pemuda UMNO: Dr Akmal Yakin Kepimpinan Tidak Abai Suara Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menzahirkan keyakinan bahawa kepimpinan parti tidak akan mengabaikan suara akar umbi.
Ini kerana katanya, Konvensyen Khas Pergerakan Pemuda UMNO yang diadakan untuk membincangkan hala tuju parti dalam Kerajaan Perpaduan telah berjaya mendapatkan suara sebenar akar umbi.
“Alhamdulilah Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang membincangkan mengenai hala tuju UMNO dalam Kerajaan Perpaduan telah kita jalankan. Kita pun dah panggil wakil daripada negeri-negeri untuk berucap dan kita buka juga peluang kepada para hadirin yang datang untuk bersuara.
“Alhamdulilah kita dapat lihat beberapa usul dan juga cadangan telah dinyatakan dalam konvensyen ini yang bertujuan untuk dapatkan suara akar umbi yang sebenar. Kita akan bawa tanpa ada ‘solekan’ terus kepada Majlis Kerja tertinggi (MKT), seterusnya diabsahkan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung dalam masa terdekat.
Tambahnya, sikap biadab segelintir pemimpin Dap mempersenda ‘garisan sempadan’ yang mereka telah persetujui telah menyebabkan akar umbi semakin tidak berpuas hati dengan kerjasama dibentuk.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Langkah 2026 Dengan Keinsafan Dan Iltizam Baharu – Wan Rosdy
- Azam Tahun Baharu Tekat Perjuangan, Perkukuh Semangat – Nurul Amal
- Melangkah 2026, Terus Perkukuh Agenda Reformasi Undang-undang Negara
Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi
“Apabila ada kebiadaban daripada pemimpin-pemimpin Dap itu sendiri seolah-olah hari ini mempermainkan maruah kita… seolah-olah hari ini perjuangan tentang agama, bangsa dan negara oleh UMNO yang kita sedia maklum bahawa prinsip UMNO ini tidak pernah berubah waima dengan siapa pun kita berkawan.
“Sebab itu kita dah cakap… Presiden pun dah ulang di PAU yang pertama setelah Kerajaan Perpaduan ditubuhkan bahawa kita telah meletakkan satu garisan bahawa jangan disentuh perkara-perkara yang sensitif iaitu agama, bangsa dan Raja-Raja Melayu.
“Tetapi, apabila semakin disentuh dan diuji maka perkara ini mencetuskan ketidakpuasan hati akar umbi di bawah. Jadi, saya percaya dengan adanya konvensyen ini, kita luahkan segalanya dan saya harap agar semua suara ini dapat didengar dan akan dimuktamadkan keputusannya,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan bahawa segala usul yang dibawa ke konvensyen tersebut akan turut diabsahkan pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO yang akan berlangsung pada 14 Januari ini.
“Betul, memang konvensyen ini tidak menentukan sama ada UMNO nak keluar atau tidak (dari Kerajaan Perpaduan) tetapi sekurang-kurangnya konvensyen ini berterus-terang daripada akar umbi terus ke peringkat atas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuju 2026: Gagasan Aspirasi Pahang 1st Diperkukuh, Kestabilan Politik Dipertahan
- ‘BTS’ Antara Program Bantuan Kasih Johor Di Parit Yaani – Najib
- PAS yet to decide on candidate for PN chairman
2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan
“Saya percaya kepimpinan parti tidak akan mengabaikan suara akar umbi yang ada pada hari ini. Insya-Allah kita harapkan konvensyen ini, kita akan maktubkan semua usul selain daripada kita bawa ke MKT, kita juga akan absahkan dalam Perhimpunan Agung Pemuda yang akan berlangsung pada 14 Januari ini. Seperti kita sedia maklum, ‘the ultimate power’ dalam Perlembagaan UMNO adalah PAU,” katanya lagi. – UMNO Online
Konvensyen Khas Pemuda UMNO: Dr Akmal Yakin Kepimpinan Tidak Abai Suara Akar Umbi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2026: KPT Tekad Terjemah Visi Kepada Tindakan Dan Hasil – Dr Zambry
- 2026: Melangkah Ke Hadapan, Membina Masa Depan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri
You must be logged in to post a comment.