Dua gol Rice bawa Arsenal selesa di puncak, enam mata tinggalkan pencabar
Dua gol Rice bawa Arsenal selesa di puncak, enam mata tinggalkan pencabar

Bournemouth: Declan Rice membuktikan kelas dan ketahanan mental apabila meledak dua gol untuk membantu Arsenal bangkit menewaskan Bournemouth 3-2, sekali gus melebarkan jurang enam mata di puncak Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Pemain tengah England itu, yang kembali beraksi selepas terlepas aksi menentang Aston Villa akibat kecederaan lutut, muncul watak utama apabila menjaringkan gol pendahuluan Arsenal seawal babak kedua sebelum menambah satu lagi gol hasil bantuan Bukayo Saka.
Arsenal dikejutkan seawal minit ke-10 apabila kesilapan jarang dilakukan Gabriel Magalhaes menghadiahkan gol kepada Evanilson yang mudah menyempurnakan peluang buat Bournemouth.
Namun, pertahanan Brazil itu pantas menebus kesilapan apabila meledak gol penyamaan hanya enam minit kemudian untuk mengembalikan keyakinan pasukan pelawat.
Kebangkitan Arsenal diterjemahkan sepenuhnya menerusi Rice yang meletakkan pasukan kendalian Mikel Arteta di depan dengan penyudah klinikal dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran Martin Odegaard.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2026: KPT Tekad Terjemah Visi Kepada Tindakan Dan Hasil – Dr Zambry
- 2026: Melangkah Ke Hadapan, Membina Masa Depan
Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri
Rice sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring apabila menyempurnakan hantaran lintang Saka, yang masuk sebagai pemain gantian, sekali gus meletakkan Arsenal selesa mendahului.
Bournemouth cuba bangkit apabila pemain gantian Junior Kroupi melepaskan rembatan padu menewaskan David Raya, mencetuskan detik cemas buat Arsenal di penghujung perlawanan.
Namun, Arsenal berjaya bertahan untuk merakam kemenangan kelima berturut-turut, sekali gus memberi tekanan hebat kepada Manchester City yang berpeluang merapatkan jurang jika menewaskan Chelsea.
Selepas 20 perlawanan, Arsenal kini mengumpul 48 mata, meninggalkan Aston Villa di tempat kedua dengan 42 mata, manakala City di tangga ketiga dengan 41 mata dan satu perlawanan dalam tangan.
Rice mengakui kebangkitan itu mencerminkan mentaliti juara pasukan, terutama selepas dikejutkan awal.
“Ia menunjukkan karakter Gabriel dan mentaliti pasukan. Kesilapan berlaku, tetapi cara kami bangkit itulah yang penting. Tiga mata paling utama dan kami sedang membina momentum,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Langkah 2026 Dengan Keinsafan Dan Iltizam Baharu – Wan Rosdy
- Azam Tahun Baharu Tekat Perjuangan, Perkukuh Semangat – Nurul Amal
- Melangkah 2026, Terus Perkukuh Agenda Reformasi Undang-undang Negara
Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi
Arteta pula memuji kesungguhan Rice yang memaksa diri untuk kembali cergas dan beraksi penuh perlawanan.
“Declan bergelut beberapa hari kebelakangan ini, tetapi dia memaksa diri untuk bermain. Dia beraksi 96 minit, menjaringkan dua gol dan antara pemain terbaik di padang. Inilah mentaliti yang kami perlukan,” katanya.
Kemenangan itu mengukuhkan lagi keyakinan Arsenal untuk menamatkan kemarau kejuaraan liga sejak 2004 selepas muncul naib juara tiga musim berturut-turut.
Sebaliknya, Bournemouth terus dibelenggu kemerosotan prestasi apabila kini tanpa kemenangan dalam 11 perlawanan liga dan jatuh ke tangga ke-15.
Dua gol Rice bawa Arsenal selesa di puncak, enam mata tinggalkan pencabar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tugas Wakil Rakyat Bukan Sekadar Di Pejabat, Perlu Turun Padang Santuni Rakyat
- ‘Bila Larut Malam 3.0’ Melaka Kembali Lagi Tahun Ini – Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Konvensyen Khas Pemuda UMNO: Dr Akmal Yakin Kepimpinan Tidak Abai Suara Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.