‘Bila Larut Malam 3.0’ Melaka Kembali Lagi Tahun Ini – Abdul Razak

‘Bila Larut Malam 3.0’ Melaka Kembali Lagi Tahun Ini – Abdul Razak

‘Bila Larut Malam 3.0’ Melaka Kembali Lagi Tahun Ini – Abdul Razak
‘Bila Larut Malam 3.0’ Melaka Kembali Lagi Tahun Ini – Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Kerajaan Negeri Melaka memperkenalkan kembali produk pelancongannya ‘Bila Larut Malam’ bagi tahun ini bermula malam ini.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pengunjung boleh menikmati pelancongan malam dengan harga serendah RM10 di sepuluh lokasi pelancongan terpilih.

“Untuk lebih meriah dan lebih berbaloi, dapatkan kemasukan percuma di Menara Taming Sari, Melaka River Cruise dan Muzium dan Galeri Melaka sekiranya anda memakai busana etnik lengkap. Pakai busana dengan kasut sukan dikira tidak lengkap ya.

“Nak lebih hype, jom ke Perkarangan Stadhuys dan saksikan kemeriahan malam dengan persembahan kebudayaan negeri Melaka dan Zapin Flash Mob. Jangan lupa berpakaian Busana Etnik Melaka ya,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook.

Sepuluh lokasi adalah seperti berikut:

1. Melaka River Cruise.
2. Menara Taming Sari.
3. Zoo Melaka.
4. Muzium Sejarah & Etnografi.
5. Panggung Bangsawan.
6. Kompleks Ayer Panas Gadek.
7. Malaysia Heritage Studios.
8. Air Panas Cherana Puteh.
9. Kawasan Stadthuys.
10. ⁠Muzium Penjara Malaysia Melaka. – UMNO ONLINE

‘Bila Larut Malam 3.0’ Melaka Kembali Lagi Tahun Ini – Abdul Razak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker