Arteta anggap kemenangan ke atas Bournemouth bukti Arsenal semakin matang
Kemenangan itu menyaksikan Arsenal kini selesa di puncak liga dengan kelebihan enam mata ke atas Aston Villa serta tujuh mata di depan Manchester City yang masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan.
Arsenal terlebih dulu dikejutkan dengan jaringan awal Bournemouth hasil kesilapan jarang dilakukan pertahanan Brazil, Gabriel Magalhaes, namun pemain itu segera menebus kesalahan dengan meledak gol penyamaan.

Declan Rice kemudian muncul wira apabila menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua untuk memastikan tiga mata penuh, meskipun jaringan cantik Eli Kroupi hampir mencetuskan kebangkitan tuan rumah di penghujung perlawanan.
“Mereka pasukan yang sangat bagus dan kami menyukarkan diri sendiri dengan bolos awal, tetapi saya suka karakter pasukan ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2026: KPT Tekad Terjemah Visi Kepada Tindakan Dan Hasil – Dr Zambry
- 2026: Melangkah Ke Hadapan, Membina Masa Depan
Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri
“Saya sangat kagum dengan karakter Gabriel. Cara dia bangkit selepas kesilapan itu luar biasa dan ia menunjukkan sejauh mana pasukan ini sudah berkembang. Kami temui cara untuk menang dan ia kemenangan besar,” kata Arteta.

Rice sebelum ini diragui untuk beraksi selepas terlepas kemenangan besar 4-1 ke atas Villa akibat bengkak di lutut, namun Arteta mendedahkan pemain tengah England itu memaksa diri untuk kembali ke kesebelasan utama.
“Dia meletakkan dirinya pada tahap maksimum dan pasukan menerima ganjaran dengan dua gol berkualiti,” katanya.
Arteta turut menyifatkan perlawanan itu sebagai hari istimewa buat Rice yang menggandakan jumlah jaringannya musim ini.
“Saya rasa ini kali pertama dia menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris, jadi ia hari yang sukar dilupakan,” katanya.
Arteta anggap kemenangan ke atas Bournemouth bukti Arsenal semakin matang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tugas Wakil Rakyat Bukan Sekadar Di Pejabat, Perlu Turun Padang Santuni Rakyat
- ‘Bila Larut Malam 3.0’ Melaka Kembali Lagi Tahun Ini – Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Konvensyen Khas Pemuda UMNO: Dr Akmal Yakin Kepimpinan Tidak Abai Suara Akar Umbi

You must be logged in to post a comment.