Wanita dilanggar tayar ‘terbang’
Wanita dilanggar tayar ‘terbang’

HANOI – Sebuah lori treler muatan simen di selatan Vietnam hilang satu tayar yang kemudian bergolek melintasi jalan dan merempuh sebuah kedai, lapor portal berita VnExpress semalam.
Kejadian berlaku kelmarin dan menyebabkan seorang wanita parah.
Tayar hadapan sebelah kiri treler dipandu Nguyen Van Ro, 34 tiba-tiba tercabut, bergolek ke lorong bertentangan dan melanggar dua motosikal yang diparkir di tepi sebuah lebuh raya.
Rakaman video kejadian memaparkan tayar itu kemudian merempuh sebuah kedai di tepi Lebuh Raya Kebangsaan 53, wilayah Vinh Long.
Tayar tersebut terus bergolek dan merempuh sebuah kedai menjual daging dan bunga, seterusnya melanggar seorang wanita berusia 44 tahun yang berada di dalamnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Langkah 2026 Dengan Keinsafan Dan Iltizam Baharu – Wan Rosdy
- Azam Tahun Baharu Tekat Perjuangan, Perkukuh Semangat – Nurul Amal
- Melangkah 2026, Terus Perkukuh Agenda Reformasi Undang-undang Negara
Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi
Mangsa mengalami pelbagai kecederaan serius dan tidak sedarkan diri di tempat kejadian.
Dia dibawa oleh penduduk tempatan ke Hospital Umum Vinh Long untuk rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Hospital Umum Pusat Can Tho di Bandar Can Tho.
Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian. – AGENSI
Wanita dilanggar tayar ‘terbang’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2026: KPT Tekad Terjemah Visi Kepada Tindakan Dan Hasil – Dr Zambry
- 2026: Melangkah Ke Hadapan, Membina Masa Depan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri
You must be logged in to post a comment.