Polis serbu rumah dijadikan mini kasino

Polis serbu rumah dijadikan mini kasino

Polis serbu rumah dijadikan mini kasino

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menyerbu sebuah rumah di Jalan Sentul Pasar di sini yang dijadikan mini kasino, kelmarin.

Dalam serbuan Op Dadu jam 12.30 tengah malam, polis menahan lima individu dipercayai terbabit aktiviti perjudian mini kasino jenis poker.

Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Gengsterisme (D7) Kontinjen Kuala Lumlur berkata, tangkapan membabitkan lima lelaki berusia antara 23 hingga 42 tahun.

“Suspek ditahan terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai penganjur merangkap pemain dan menetap di rumah berkenaan.

“Turut ditahan tiga lagi lelaki warga tempatan serta seorang lelaki warga Kanada yang dipercayai pemain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan


Pasukan serbuan turut merampas beberapa peralatan yang digunakan semasa perjudian dijalankan, termasuk cip perjudian yang digunakan sebagai wang, daun terup serta alas meja poker.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(3) Akta Imigresen Malaysia 1959/63.

“Semua suspek ditahan reman hingga 3 Januari 2026 bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Polis akan terus mempergiatkan operasi dan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang bentuk aktiviti perjudian haram yang menyalahi undang-undang di sekitar ibu negara.

Polis serbu rumah dijadikan mini kasino

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker