Pikap rosak dibaling batu berhampiran Jambatan Seri Cheeding, Kuala Langat WCE
Pikap rosak dibaling batu berhampiran Jambatan Seri Cheeding, Kuala Langat WCE

SHAH ALAM: Polis menyiasat kes sebuah kenderaan pengguna Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) rosak dibaling batu dari jambatan di Kilometer 8.3 arah selatan, berhampiran Jambatan Seri Cheeding, Kuala Langat, awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata kejadian berkenaan dipercayai berlaku jam 3.30 pagi.
“Batu yang dibaling dari atas jambatan menyebabkan kerosakan pada kenderaan terbabit namun, tiada kecederaan kepada pengguna jalan raya.
“Laporan dibuat bagi memohon pihak polis meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan berkenaan bagi menjamin keselamatan pengguna lebuh raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Susulan kejadian itu, Mohd Akmalrizal berkata Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2026: KPT Tekad Terjemah Visi Kepada Tindakan Dan Hasil – Dr Zambry
- 2026: Melangkah Ke Hadapan, Membina Masa Depan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri
Polis sedang giat mengesan suspek yang terbabit dan menasihatkan orang awam supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Menerusi satu rakaman video yang tular, sebuah pikap rosak cermin hadapan dipercayai dibaling batu individu tidak dikenal pasti ketika melalui lebuh raya berkenaan.
Pikap rosak dibaling batu berhampiran Jambatan Seri Cheeding, Kuala Langat WCE
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Langkah 2026 Dengan Keinsafan Dan Iltizam Baharu – Wan Rosdy
- Azam Tahun Baharu Tekat Perjuangan, Perkukuh Semangat – Nurul Amal
- Melangkah 2026, Terus Perkukuh Agenda Reformasi Undang-undang Negara
Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi
You must be logged in to post a comment.