Lumpur di Aceh boleh dijual – Prabowo

Lumpur di Aceh boleh dijual – Prabowo

Lumpur di Aceh boleh dijual – Prabowo
GAMBAR fail lumpur akibat banjir di Babo, Aceh. – Foto AFP

JAKARTA –  Presiden Prabowo Subianto menyatakan bahawa pihak swasta berminat untuk membeli lumpur yang menenggelamkan beberapa kawasan di Pulau Sumatera, khususnya wilayah Aceh, lapor laman berita Tribun hari ini.

Prabowo berkata, perkara itu diketahui berdasarkan laporan oleh ketua  daerah-daerah yang terjejas.

Menurutnya, tiada masalah sekiranya mereka mahu menjual sisa lumpur itu.

“Gabenor wilayah melaporkan kepada saya ada pihak swasta yang tertarik (untuk membeli lumpur), tidak hanya di sungai, tapi yang di sawah dan sebagainya.

“Silakan, perkara ini saya kira bagus sekali. Justeru, tolong ini didalami dan kita laksanakan,” kata Prabowo di Aceh Tamiang semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi


Menurutnya, pemanfaatan lumpur tersebut bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan pemulihan sungai, tetapi turut memberikan manfaat langsung kepada pemerintah daerah.

“Nanti juga bermanfaat jika lumpurnya boleh dijual dan jika ada pihak swasta mau membeli, manfaatnya boleh dinikmati oleh daerah-daerah,” kata Prabowo.

Beliau berkata demikian ketika menyokong usul membersihkan sungai selepas bencana banjir dahsyat yang melanda baru-baru ini, bermula dari muara hinggalah ke laut. – AGENSI

Lumpur di Aceh boleh dijual – Prabowo

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker