Ketua Polis Kelantan sahkan terima ugutan

Ketua Polis Kelantan sahkan terima ugutan

Ketua Polis Kelantan sahkan terima ugutan
Tulisan berbaur ugutan pada dinding Lapang Sasar Polis Kontinjen Kelantan di Gunong, Bachok.

KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, mengesahkan menerima ugutan dipercayai daripada sindiket yang terkesan dengan ketegasan pasukan pimpinannya menangani jenayah di negeri ini.

Katanya, ugutan itu diterima pada 22 Disember lalu menerusi contengan menggunakan dakwat merah pada dinding Lapang Sasar Polis Kontinjen Kelantan di Gunong, Bachok.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak gentar dengan ugutan itu dan pihaknya sedang mengenal pasti pasti dalang kejadian berkenaan.

“Kita berjihad, buat apa nak takut. Saya tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan kerana ada pihak yang berasa tercabar dengan tindakan tegas Polis Kelantan memerangi jenayah membabitkan sindiket along dan sebagainya di negeri ini.

“Berdasarkan tulisan pada dinding serta ayat yang digunakan, saya tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh sindiket dan sudah dirancang lebih awal,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Saya berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini supaya tampil membantu siasatan polis,” katanya.

Terdahulu, beberapa foto tular dalam media sosial memaparkan tulisan berbaur ugutan menggunakan dakwat merah di Lapang Sasar Polis Kontinjen Kelantan.

Ketua Polis Kelantan sahkan terima ugutan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker