Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri
Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri yakin kerjasama strategik bersama syarikat pelaburan berteknologi tinggi mampu menjadi pemangkin transformasi ekonomi Johor.
Menurutnya, ia akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti, memperkukuh pemindahan teknologi, dan menjadikan Johor destinasi pilihan pelabur global dengan manfaat yang dapat dirasai secara langsung oleh rakyat.
Onn Hafiz bersyukur kerana berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Wuxi Hyatech Co., Ltd di Jiangsu, China.
Tambah Onn Hafiz, pertemuan ini memberi fokus kepada perbincangan potensi pelaburan bernilai tinggi di Johor.
“Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk penilaian lokasi strategik serta sokongan ekosistem industri negeri bagi memastikan pelaburan ini dapat direalisasikan secara mampan dan berimpak tinggi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuju 2026: Gagasan Aspirasi Pahang 1st Diperkukuh, Kestabilan Politik Dipertahan
- ‘BTS’ Antara Program Bantuan Kasih Johor Di Parit Yaani – Najib
- PAS yet to decide on candidate for PN chairman
2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan
“Keutamaan kerajaan negeri adalah memastikan setiap pelaburan yang dibawa masuk memberi limpahan ekonomi kepada rakyat.
“Ini termasuk pembukaan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, penyediaan latihan kepada tenaga kerja tempatan, serta pemindahan ilmu dan kepakaran teknologi kepada industri dalam negeri,” katanya menerusi satu catatan di Facebook.
Hyatech merupakan pembekal kepada syarikat aeroangkasa terkemuka dunia seperti Rolls-Royce, Safran dan GE Aerospace, khususnya dalam pembuatan komponen enjin pesawat dan turbin, di samping pengeluaran komponen implan ortopedik untuk sektor perubatan global.
Hyatech juga merupakan sebuah syarikat berteknologi tinggi yang tersenarai di STAR Market, Shanghai Stock Exchange. Kedudukan ini mencerminkan keupayaan teknologi, tadbir urus yang kukuh serta daya saing di peringkat antarabangsa, khususnya dalam industri bernilai tinggi berasaskan inovasi dan kepakaran teknikal.
Kongsinya lagi, sebagai bukti keupayaan dan hala tuju jangka panjang, Hyatech telah mencatat perkembangan pesat melalui pelaburan bernilai CN¥1 bilion (USD140 juta) bagi pengembangan fasa ketiga fasiliti aero-enjin pada Januari 2024, yang dijangka menjana tambahan hasil tahunan sekitar CN¥2 bilion, sekali gus mengukuhkan kapasiti pengeluaran serta keupayaan teknologi berteraskan inovasi tinggi. – UMNO ONLINE
Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Langkah 2026 Dengan Keinsafan Dan Iltizam Baharu – Wan Rosdy
- Azam Tahun Baharu Tekat Perjuangan, Perkukuh Semangat – Nurul Amal
- Melangkah 2026, Terus Perkukuh Agenda Reformasi Undang-undang Negara
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi
You must be logged in to post a comment.