Kerana hutang RM129,000, lelaki nekad serang bos
Kerana hutang RM129,000, lelaki nekad serang bos

TAIPEI – Seorang lelaki berumur 25 tahun dikenali sebagai Zhang ditahan di Taiwan kerana didakwa menikam leher bekas majikannya susulan pertikaian kewangan berpanjangan melibatkan wang lebih NT$1 juta (RM129,000), lapor portal berita MSNews hari ini.
Mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 37 tahun, mengalami kecederaan yang mengancam nyawa, namun berjaya diselamatkan selepas dibawa ke hospital tempatan pada 24 Disember tahun lalu.
Menurut polis, Zhang pergi ke kediaman bekas bosnya yang dikenali sebagai Chen dengan membawa sebilah pisau tetapi mangsa tidak berada di rumah.
Apabila bapa Chen membuka pintu, Zhang didakwa mengacukan pisau pada leher lelaki warga emas itu dan mengarahkannya menghubungi anaknya supaya pulang.
Selepas bekas bosnya pulang ke rumah, kedua-dua mereka terlibat dalam pertengkaran serius.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Langkah 2026 Dengan Keinsafan Dan Iltizam Baharu – Wan Rosdy
- Azam Tahun Baharu Tekat Perjuangan, Perkukuh Semangat – Nurul Amal
- Melangkah 2026, Terus Perkukuh Agenda Reformasi Undang-undang Negara
Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi
Zhang kemudian didakwa menikam Chen di bahagian leher, menyebabkan luka sepanjang kira-kira 2 sentimeter.
Chen yang mengalami serangan jantung dikejarkan ke Hospital Fengyuan, di mana doktor berjaya menyelamatkannya.
Zhang kini disiasat atas dakwaan cubaan membunuh dan mengacukan pisau kepada bapa Chen.
Semasa dia bekerja dengan Chen, majikannya dikatakan meminjam lebih RM129,000 daripada suspek untuk tujuan pelaburan. – AGENSI
Kerana hutang RM129,000, lelaki nekad serang bos
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2026: KPT Tekad Terjemah Visi Kepada Tindakan Dan Hasil – Dr Zambry
- 2026: Melangkah Ke Hadapan, Membina Masa Depan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri
You must be logged in to post a comment.