Ada individu lain terbabit rasuah babit pegawai kanan Tentera Darat – SPRM

Ada individu lain terbabit rasuah babit pegawai kanan Tentera Darat – SPRM

Ada individu lain terbabit rasuah babit pegawai kanan Tentera Darat - SPRM
SPRM

KUALA LUMPUR: Terdapat beberapa individu lain dikenal pasti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbabit dalam rasuah yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan Tentera Darat.

Petunjuk terbaru itu diketahui dalam siasatan agensi berkenaan terhadap beberapa projek tender perolehan Tentera Darat, yang sedang giat dijalankan SPRM sejak beberapa minggu lalu.

Pendedahan menerusi TikTok rasmi SPRM yang menyatakan beberapa individu lain yang dikenal pasti mempunyai kaitan dengan kes terbabit.

“Tindakan lanjut akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan bukti yang diperoleh,” katanya di sini hari ini.

“SPRM tidak boleh memaklumkan jumlah nilai aset atau akaun bank kepada media buat masa ini memandangkan proses siasatan masih berjalan dan tidak semua aset dibekukan sepenuhnya,” katanya.

Menurut agensi itu, setakat ini individu utama yang disyaki terbabit masih menerima rawatan perubatan.

“Oleh itu, keterangan individu berkenaan masih belum diambil sepenuhnya.

“SPRM menghormati aspek kesihatan serta hak individu itu selaras dengan prinsip undang-undang dan akan mengambil keterangan sebaik sahaja beliau disahkan sihat oleh pihak perubatan,” katanya.

Tambahnya, tiada tempoh masa tetap ditetapkan bagi setiap fasa siasatan kerana ia bergantung kepada kerumitan kes, jumlah saksi, serta keperluan analisis dokumen dan kewangan.

Ada individu lain terbabit rasuah babit pegawai kanan Tentera Darat – SPRM


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker