2026: Melangkah Ke Hadapan, Membina Masa Depan

2026: Melangkah Ke Hadapan, Membina Masa Depan

2026: Melangkah Ke Hadapan, Membina Masa Depan
2026: Melangkah Ke Hadapan, Membina Masa Depan

HARI ini kita telah melangkah ke hari kedua dalam tahun 2026.

Alhamdulillah, sebagai Ketua UMNO Bahagian Kluang merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kluang, saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dapat melangkah ke tahun baharu ini dengan beberapa kejayaan besar yang telah dicapai sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac 2022 yang lalu.

Semasa tempoh kempen PRN Johor 2022 yang lalu, saya telah menyatakan komitmen bahawa sekiranya BN berjaya memenangi semula Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota (walaupun saya bukan calonnya) kita berjanji untuk merealisasikan dua keperluan utama masyarakat Kluang, iaitu:
1. Pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 2 Bandar Kluang, bagi mengatasi kesesakan di Klinik Kesihatan Mengkibol; dan
2. Pembinaan jalan pintas dari simpang Taman Muhibah ke Bandar Sri Impian, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, khususnya kepada masyarakat yang ingin mendapatkan rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan


Alhamdulillah, berkat doa, kesetiaan dan sokongan berterusan anda semua, projek Klinik Kesihatan Jenis 2 Bandar Kluang kini telah mula dibina sejak Mac 2025, dan dijangka siap pada Mac 2029, dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM40 juta.

Manakala projek pembinaan jalan dari Jalan Kluang–Renggam–Layang-Layang (J25) di Taman Muhibah ke Jalan Kota Tinggi–Kluang (FT091), (jalan pintas Taman Muhibah ke Bandar Sri Impian), dengan anggaran kos RM60 juta, telah diluluskan dalam Bajet Kerajaan Persekutuan Tahun 2026.

Cadangan projek ini merupakan antara projek utama yang saya kemukakan dalam Cadangan Pembangunan Kawasan DUN Mengkibol, atas kapasiti saya sebagai Pengerusi JPKD (Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN) Mengkibol, untuk diangkat ke peringkat Kerajaan Negeri Johor dan seterusnya Kerajaan Persekutuan.

Bagi saya, hendak seribu daya.. politik bukanlah sandaran atau alasan untuk tidak berbuat apa-apa kerana ‘jawatan’ itu adalah ‘tanggungjawab’.. yang penting adalah ‘wisdom and trust’.

Terima kasih kepada Ir. Zaharuddin Ayep, mantan Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Kluang kerana mendengar cadangan tersebut dan sama-sama membuat perancangan sehingga berjaya.

Ayuh kita terus melangkah ke hadapan, membina masa depan yang lebih baik untuk Kluang.

#AllahPeliharakanSultan
#MajuJohor
#MalaysiaMadani
#muafakatmembawaberkat
#SetiaBersama

Datuk Md Jais Sarday
Ketua UMNO Bahagian Kluang

2026: Melangkah Ke Hadapan, Membina Masa Depan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker