2026: KPT Tekad Terjemah Visi Kepada Tindakan Dan Hasil – Dr Zambry
2026: KPT Tekad Terjemah Visi Kepada Tindakan Dan Hasil – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Tahun 2026 akan menjadi tahun Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menterjemah visi kepada tindakan, dan tindakan kepada hasil, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Menurutnya, fokus KPT adalah jelas, memperkukuh kualiti, memastikan keterangkuman, mempercepat inovasi, dan membina ekosistem pendidikan tinggi yang lestari serta berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.
“Dengan Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2026-2035 yang akan dilancarkan pada awal tahun 2026, diharap mampu perhebatkan lagi landskap pendidikan tinggi untuk tempoh 10 tahun akan datang,” kata Dr Zambry yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dalam satu catatan di Facebook.
Justeru itu, Dr Zambry menyeru kepada seluruh pemegang taruh pendidikan tinggi, mahasiswa, para pensyarah dan penyelidik, pengurusan tertinggi institusi pendidikan tinggi, kakitangan bukan akademik, ibu bapa, alumni, rakan industri serta semua pihak yang sentiasa mendukung agenda pendidikan negara, untuk bersama-sama memperkasakan pendidikan tinggi negara ke arah ekosistem yang lebih bersepadu dan berdaya saing di peringkat global dengan berpaksikan nilai insan serta kemanusiaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuju 2026: Gagasan Aspirasi Pahang 1st Diperkukuh, Kestabilan Politik Dipertahan
- ‘BTS’ Antara Program Bantuan Kasih Johor Di Parit Yaani – Najib
- PAS yet to decide on candidate for PN chairman
2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan
Dalam pada itu, Dr Zambry juga mengimbau pada 2025 lalu yang memasuki tahun kedua beliau bersama KPT, pelbagai perkara dan inisiatif telah dilaksanakan secara bersama dengan semangat kebersamaan, bergerak sebagai satu pasukan, keberanian melakukan perubahan serta tekad untuk memastikan pendidikan tinggi kekal relevan, inklusif dan berdaya saing.
“Anjakan ini bukan sekadar perubahan dasar, tetapi usaha berterusan untuk memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi negara agar selari dengan keperluan masa depan, aspirasi nasional dan harapan rakyat,” katanya.
Berikut merupakan antara inisiatif dan fokus utama yang telah digerakkan ialah:
– Memperkukuh akses dan kebajikan pelajar melalui pelbagai inisiatif bersasar, termasuk sokongan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah agar tiada yang tercicir daripada sistem pendidikan tinggi.
– Memacu agenda kebolehpasaran graduan dengan penekanan kepada kemahiran masa hadapan, TVET, pembelajaran fleksibel, mikro-kredensial dan kerjasama industri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Fadzli Berharap Majlis Daerah Raub Terus Komited Bersama Tingkat Hasil Pendapatan Negeri
- Exco Pemuda UMNO, Md Jamil Fauzi berpandangan cadangan Pemuda
- Onn Hafiz Imbas Perjalanan 2025, Tekad Terus Berkhidmat Demi Rakyat Machap
– Mempergiat agenda pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan tinggi bagi meningkatkan kualiti pengajaran, penyelidikan dan tadbir urus.
– Memperkasa penyelidikan, inovasi dan pemindahan ilmu agar hasil akademik memberi impak nyata kepada masyarakat, industri dan pembangunan negara.
– Mengukuhkan jaringan kerjasama antarabangsa untuk melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi serantau dan global.
– Memupuk nilai, adab dan kemanusiaan dalam ekosistem kampus selari dengan prinsip Malaysia MADANI.
Jelasnya, segala pencapaian ini adalah hasil usaha kolektif seluruh warga KPT, kepimpinan, pengurusan, pensyarah, penyelidik dan staf sokongan yang terus komited menjayakan amanah besar ini.
“Segala pandangan penambahbaikan untuk tahun 2025 ini kami terima secara terbuka dan insya-Allah akan dipertingkatkan lagi,” katanya. – UMNO ONLINE
2026: KPT Tekad Terjemah Visi Kepada Tindakan Dan Hasil – Dr Zambry
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Langkah 2026 Dengan Keinsafan Dan Iltizam Baharu – Wan Rosdy
- Azam Tahun Baharu Tekat Perjuangan, Perkukuh Semangat – Nurul Amal
- Melangkah 2026, Terus Perkukuh Agenda Reformasi Undang-undang Negara
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi
You must be logged in to post a comment.