Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar guna al-Quran

Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar guna al-Quran

Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar guna al-Quran
MAMDANI (tengah) meletakkan tangan di atas kitab suci al-Quran ketika melafazkan sumpah jawatan. – Foto AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Anggota Parti Demokrat, Zohran Mamdani dilantik sebagai Datuk Bandar bagi Bandar Raya New York dan melafazkan sumpah dengan meletakkan tangannya di atas kitab suci al-Quran selepas tengah malam tadi, lapor portal berita MailOnline hari ini.

Beliau yang merupakan pemimpin beragama Islam pertama bagi bandar terbesar Amerika Syarikat (AS) itu mengangkat sumpah jawatan di sebuah stesen kereta api bawah tanah bersejarah yang sudah tidak beroperasi di Manhattan.

“Ini benar-benar satu penghormatan dan keistimewaan terbesar dalam hidup saya,” kata Mamdani dalam ucapan ringkasnya.

Majlis tersebut yang dikendalikan oleh Peguam Negara Negeri New York, Letitia James, berlangsung di stesen lama Dewan Bandar Raya. Ia merupakan salah satu hentian kereta api bawah tanah terawal bandar raya itu yang terkenal dengan siling melengkungnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan


Dalam ucapannya, Mamdani berkata, stesen kereta api bawah tanah lama itu merupakan bukti kepada kepentingan pengangkutan awam terhadap daya hidup, kesihatan dan legasi bandar raya tersebut ketika beliau mengumumkan pelantikan Mike Flynn sebagai Pesuruhjaya Jabatan Pengangkutan yang baharu.

Beliau kini menjadi antara ahli politik yang paling mendapat perhatian di AS selepas memenangi pilihan raya dengan 50.78 peratus undi, kelebihan lebih 9.4 mata peratusan berbanding pencabar terdekatnya, Andrew Cuomo. – AGENSI

Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar guna al-Quran

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker