Ujian sulung menanti Tengku Hazman
Ujian sulung menanti Tengku Hazman

Kuala Terengganu: Adakah pemangku ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tengku Hazman Raja Hassan lulus ujian pertama pada malam esok?
Inilah persoalan yang bermain dalam kalbu peminat setia skuad Penyu apabila skuad kesayangan mereka bakal berdepan dengan Penang FC pada aksi pertama pusingan kedua Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Penyokong yang bagaikan tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan itu sudah pastinya mahukan keputusan yang positif buat pasukan selepas dimalukan Sabah FC 1-3 pada aksi terakhir pusingan pertama di tempat sendiri pada bulan lalu.
Ketika diajukan persoalan itu kepada bekas ‘arkitek’ skuad kebangsaan dan Terengganu itu, beliau tekad untuk memacu kejayaan pasukan biarpun sedar masih mentah daripada segi pengalaman dalam saingan Liga Super.
“Pertemuan dengan Penang FC sudah pasti ujian sulung kepada saya selepas mengambil alih tugas ini bermula akhir minggu lalu daripada ketua jurulatih, Badrul Afzan Razali.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuju 2026: Gagasan Aspirasi Pahang 1st Diperkukuh, Kestabilan Politik Dipertahan
- ‘BTS’ Antara Program Bantuan Kasih Johor Di Parit Yaani – Najib
- PAS yet to decide on candidate for PN chairman
2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan
“Saya tahu harapan daripada peminat amat tinggi untuk menang, jadi saya bersama barisan kejurulatihan akan berusaha sebaik mungkin biarpun sedar saya belum ada lagi pengalaman sebagai ketua jurulatih Liga Super kerana sebelum ini hanya penolong ketika bersama Perak FC dan TFC.
“Namun saya akan mengambil pengalaman itu untuk lakukan sehabis baik pada penampilan sulung ini bagi memastikan misi untuk memburu tiga mata di tempat sendiri menjadi kenyataan,” kata Tengku Hazman ketika ditemui pada sesi latihan pasukannya di Pusat Latihan TFC, petang semalam.
Mengulas lanjut, beliau berkata persiapan pasukannya lebih terarah kepada kesilapan yang dikenal pasti pada aksi terakhir menentang Sabah FC tempoh hari.
Ujian sulung menanti Tengku Hazman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Langkah 2026 Dengan Keinsafan Dan Iltizam Baharu – Wan Rosdy
- Azam Tahun Baharu Tekat Perjuangan, Perkukuh Semangat – Nurul Amal
- Melangkah 2026, Terus Perkukuh Agenda Reformasi Undang-undang Negara
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi
You must be logged in to post a comment.