Titi gantung runtuh, lebih 50 tetamu kenduri kahwin jatuh sungai

Titi gantung runtuh, lebih 50 tetamu kenduri kahwin jatuh sungai

Titi gantung runtuh, lebih 50 tetamu kenduri kahwin jatuh sungai
Keadaan titi gantung yang runtuh menyebabkan lebih 50 tetamu kenduri perkahwinan, terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai, Lata Rek di Kuala Krai, petang semalam. – Foto ihsan penduduk

KUALA KRAI: Suasana meriah kenduri perkahwinan sepasang pengantin baharu bertukar cemas apabila sebuah titi gantung yang dilalui tetamu mereka, tiba-tiba runtuh menyebabkan lebih 50 mangsa terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai, Lata Rek di sini, semalam.

Penghulu Mukim Lata Rek, Mohd Zaki Saari, berkata insiden kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika rombongan tetamu pengantin lelaki ‘bertembung’ kumpulan tetamu pengantin perempuan di atas titi berkenaan.

@bharianmy

Titi gantung runtuh, lebih 50 tetamu kenduri kahwin jatuh sungai beritaditiktok

♬ original sound – Berita Harian – Berita Harian

“Ketika itu, rombongan tetamu pengantin lelaki dari Pasir Puteh sedang dalam perjalanan mahu pulang, manakala kumpulan tetamu pengantin perempuan pula baru tiba ke kenduri berkenaan. Lebih 50 tetamu bertembung di atas titi gantung itu sebelum ia runtuh.

“Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki patah kaki akibat terjatuh ke atas batu sungai, manakala seorang kanak-kanak cedera di kepala dan menerima beberapa jahitan. Selain itu, tiga lagi mangsa mengalami luka ringan dan sesak nafas,” katanya.

Mohd Zaki berkata, titi gantung itu sudah beberapa kali dibaiki sebelum ini kerana ia adalah kemudahan utama kepada penduduk yang menghuni lima rumah di kawasan berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan


“Laluan ini (titi gantung) sering digunakan oleh penduduk untuk urusan harian, namun hanya boleh dilalui motosikal dan pejalan kaki.

“Walaupun ada laluan lain, jaraknya agak jauh dan juga boleh dilalui motosikal saja, sekali gus menyukarkan pergerakan penduduk, terutama ketika kecemasan atau cuaca buruk,” katanya.

Beliau memaklumkan bahawa sebaik saja mengetahui kejadian luar jangka itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah, hadir meninjau lokasi pada petang semalam dan titi gantung yang runtuh itu akan dibaik pulih dengan segera.

“Hasil pemeriksaan mendapati tali pengikat titi gantung yang tertanam di dalam simen, sudah uzur dan perlu diganti.

“Masalah ini akan segera diangkat kepada pihak berkaitan bagi mendapatkan peruntukan segera untuk pelaksanaan kerja-kerja baik pulih demi keselamatan penduduk, selain mengelakkan insiden sama daripada berulang,” katanya.

Titi gantung runtuh, lebih 50 tetamu kenduri kahwin jatuh sungai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker