Misi juara Man City tercalar

Misi juara Man City tercalar

Misi juara Man City tercalar
Omar Alderete dari Sunderland menyaingi penyerang Manchester City, Erling Haaland, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium of Light, Sunderland. – Foto Reuters

Sunderland: Hasrat Manchester City untuk terus memberi tekanan kepada Arsenal dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini menerima tamparan hebat apabila diikat seri tanpa jaringan oleh Sunderland pada aksi Tahun Baharu di Stadium of Light, awal pagi tadi.

Keputusan 0-0 itu menyaksikan skuad kendalian Pep Guardiola kini ketinggalan empat mata di belakang Arsenal selepas separuh musim, sekali gus menamatkan rentetan lapan kemenangan berturut-turut City dalam semua pertandingan.

Misi juara Man City tercalar
Eliezer Mayenda dari Sunderland mencabar pertahanan Manchester City, Nathan Ake, dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium of Light, Sunderland. – Foto Reuters

City sepatutnya merapatkan jurang kepada dua mata sekiranya menang, namun persembahan hambar dan kegagalan memanfaatkan peluang jelas menghukum juara bertahan itu pada malam yang dingin di Sunderland.

Bernardo Silva hampir membuka tirai jaringan seawal minit keenam, namun percubaannya dari jarak dekat dibatalkan selepas Erling Haaland berada dalam kedudukan ofsaid ketika menerima sepakan sudut Rayan Cherki.

Tuan rumah pula hampir mencuri kelebihan apabila Brian Brobbey melepasi kawalan Ruben Dias sebelum berdepan Gianluigi Donnarumma, namun percubaannya terlalu lemah untuk menewaskan penjaga gol City itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan


Haaland yang dikawal ketat pertahanan Sunderland hanya mendapat satu peluang terbaik pada separuh masa pertama, namun rembatannya tepat ke dakapan Robin Roefs, sekali gus menggambarkan malam sukar buat jentera serangan pelawat.

Guardiola bertindak memasukkan Rodri pada awal babak kedua, penampilan pertamanya sejak awal November, dan perubahan itu menyuntik sedikit momentum apabila City lebih menguasai permainan.

Namun, kegagalan penyudah terus menghantui City apabila Savinho mensia-siakan dua peluang keemasan, termasuk rembatan tersasar dari dalam kotak penalti sebelum digantikan oleh Jeremy Doku.

City turut bernasib baik tidak dihukum apabila Donnarumma cemerlang menyelamatkan dua percubaan berbahaya Simon Adingra dan Eliezer Mayenda ketika Sunderland hampir mencuri kemenangan.

Usaha terakhir City menerusi Josko Gvardiol juga tidak menemui sasaran apabila tandukannya diselamatkan Roefs, sekali gus memastikan Sunderland mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 10 aksi liga di laman sendiri musim ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pas, Bersatu Ditimpa Kifarah Politik Akibat Khianati UMNO


Keputusan itu menyaksikan City terpaksa berpuas hati dengan satu mata dan kini perlu segera bangkit apabila bakal melayani kunjungan Chelsea di Etihad Stadium, Ahad ini, dalam usaha menghidupkan kembali cabaran kejuaraan mereka.

Misi juara Man City tercalar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker