Melangkah 2026, Terus Perkukuh Agenda Reformasi Undang-undang Negara

Melangkah 2026, Terus Perkukuh Agenda Reformasi Undang-undang Negara

Melangkah 2026, Terus Perkukuh Agenda Reformasi Undang-undang Negara
Melangkah 2026, Terus Perkukuh Agenda Reformasi Undang-undang Negara

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menyifatkan 2025 sebagai detik penting yang menyaksikan beberapa agenda undang-undang diperkasa kerajaan.

Kata beliau ini termasuk pengukuhan kebebasan Parlimen melalui Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, kelulusan RUU Antibuli 2025.

“Tahun 2025 melabuhkan tirainya dan bagi saya sendiri, tahun ini telah menjadi saksi beberapa ikhtiar dan langkah penting dalam agenda Undang-Undang dan Reformasi Institusi yang digerakkan oleh Kerajaan MADANI.

“Daripada pengukuhan kebebasan Parlimen melalui Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, kelulusan RUU Antibuli 2025 demi perlindungan kanak-kanak, kemajuan usaha pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

“Sehinggalah kepada pembinaan ekosistem bagi mempertingkat akses kepada keadilan yang lebih telus, berperikemanusiaan dan berteraskan Perlembagaan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pas, Bersatu Ditimpa Kifarah Politik Akibat Khianati UMNO


Ahli Parlimen Pengerang itu berkata setiap reformasi yang dilaksana bukan hanya sekadar perubahan undang-undang semata-mata.

Namun katanya sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkasa institusi negara agar dipercayai warga.

“Melangkah ke 2026, segala usaha ini akan diperkukuh dan diperhebat dengan fokus kepada pelaksanaan yang berkesan, keadilan yang boleh diakses semua.

“… serta reformasi yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan generasi masa depan termasuk antara lain penggubalan RUU Ombudsman Malaysia, RUU Kebebasan Maklumat dan RUU Pendanaan Politik.

“Semoga Tahun Baharu 2026 akan terus memperteguh keadilan, integriti dan kesejahteraan bagi memacu Malaysia MADANI ke tahap yang lebih membanggakan,” ujar beliau. – UMNO Online

Melangkah 2026, Terus Perkukuh Agenda Reformasi Undang-undang Negara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker