Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras

Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras

Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras
Anggota bomba bersama APM dan penduduk kampung mencari dan menyelamat mangsa di Jeram Besu. – Foto ihsan bomba

RAUB : Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Pusat Rekreasi Jeram Besu, Sega, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Sharil Abdul Rahman berkata, mangsa Mohamat Firdarus Jamaidi, 25, dilaporkan hilang ketika mandi di pusat rekreasi itu kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Katanya, mangsa ke Jeram Besu bersama isterinya dan dipercayai dihanyutkan arus ketika mandi.

“Kejadian itu disedari isteri mangsa, Putri Nursyafika Yasmin Azizan Shah, 28, dan memaklumkan kepada penduduk kampung.

“Penduduk setempat berusaha mencari mangsa tetapi gagal,” katanya menerusi kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan


Mohd Sharil berkata, susulan kejadian itu isteri mangsa membuat laporan polis pada jam 1.45 petang.

Katanya, sejurus mendapat laporan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dibantu penduduk kampung melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Katanya, pencarian di permukaan air membabitkan jarak sejauh satu kilometer di sepanjang jeram itu sudah dilakukan bagaimanapun mangsa belum ditemui.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa ditangguhkan pada kira-kira jam 7 petang tadi dan akan disambung jam 8 pagi esok,” katanya.

Difahamkan Mohamat Firdarus berasal dari Sepitang , Sabah dan bekerja sebagai juruteknik di Johor Bharu, Johor.

Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker