Lebih 2 jam ‘dinoda’ dalam van bergerak

Lebih 2 jam ‘dinoda’ dalam van bergerak

Lebih 2 jam ‘dinoda’ dalam van bergerak
GAMBAR CCTV merakamkan imej sebuah yang dinaiki mangsa. – Foto CCTV/NDTV

NEW DELHI – Seorang wanita berusia 28 tahun di bandar Faridabad, India diperkosa secara berkumpulan dalam sebuah van yang bergerak selama lebih dua jam sebelum ditinggalkan di tepi jalan, lapor laman berita NDTV semalam.

Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan van tersebut dalam kejadian yang berlaku pada malam Isnin hingga Selasa lalu.

Ketika kejadian, wanita yang sudah berkahwin itu menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah.

Sebuah van berhenti sebelum dua lelaki memujuk mangsa masuk ke dalam kenderaan dan berjanji akan menghantarnya pulang.

Van itu bagaimanapun bergerak ke arah Jalan Gurgaon.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan


Mangsa didakwa berada dalam van selama kira-kira dua jam setengah dan sepanjang tempoh tersebut, kedua-dua suspek terus merogolnya.

Sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan), mangsa dicampak dari van yang bergerak berhampiran Raja Chowk di SGM Nagar.

Dia mengalami kecederaan serius pada wajah dan pendarahan yang banyak.

Doktor memberikan 10 hingga 12 jahitan pada wajahnya, manakala mangsa kini berada dalam keadaan stabil. Bagaimanapun, kenyataannya belum direkodkan. – AGENSI

Lebih 2 jam ‘dinoda’ dalam van bergerak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker