Langkah 2026 Dengan Keinsafan Dan Iltizam Baharu – Wan Rosdy

Langkah 2026 Dengan Keinsafan Dan Iltizam Baharu – Wan Rosdy

Langkah 2026 Dengan Keinsafan Dan Iltizam Baharu – Wan Rosdy
Langkah 2026 Dengan Keinsafan Dan Iltizam Baharu – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Bersempana Tahun Baharu 2026, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meluahkan harapan dan teguh demi masa depan negeri yang lebih makmur dan sejahtera.

Menurut beliau yang juga Naib Presiden UMNO sepanjang tahun 2025, Pahang berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan ujian hasil daripada kestabilan politik serta semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Kestabilan ini membolehkan Kerajaan Negeri mentadbir secara konsisten, melonjakkan ekonomi, melaksanakan dasar dengan berkesan serta memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan tahun baharu.

Tambah beliau, memasuki tahun 2026, kerajaan negeri beriltizam untuk terus mempertahankan kestabilan politik sedia ada serta menolak sebarang bentuk perpecahan yang boleh menjejaskan kemakmuran negeri.

“Gagasan Aspirasi Pahang 1st akan terus diperkukuh sebagai teras utama pentadbiran dan pembangunan negeri. Prinsip ‘Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan’ akan diterjemahkan melalui dasar, program dan tindakan yang nyata.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pas, Bersatu Ditimpa Kifarah Politik Akibat Khianati UMNO


“Tahun ini juga akan menyaksikan usaha berterusan untuk memperkasa ekonomi rakyat, mencipta peluang pekerjaan, memperkukuh syiar Islam, memelihara alam sekitar serta meningkatkan kecekapan tadbir urus,” ujarnya lagi.

Beliau turut mengajak seluruh warga Pahang untuk terus berganding bahu demi memastikan negeri ini kekal maju dan dirahmati Allah SWT.

“Marilah kita melangkah ke tahun 2026 dengan azam yang kukuh demi masa depan Negeri Pahang yang aman, makmur dan sejahtera. Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026,” katanya. – UMNO Online

Langkah 2026 Dengan Keinsafan Dan Iltizam Baharu – Wan Rosdy


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker