Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi

Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi

Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama delegasi negeri telah mengadakan lawatan ke Jiangsu Longda Superalloy Co. Ltd. di Shanghai China, sebuah syarikat berteknologi tinggi yang berperanan penting dalam rantaian bekalan global industri aeroangkasa, tenaga dan kejuruteraan berat.

Menerusi pertemuan ini katanya, Jiangsu Longda melalui anak syarikatnya di Malaysia, Singda Superalloy (Malaysia) Sdn. Bhd., telah menyatakan komitmen pelaburan sekitar RM900 juta di Johor, yang dijangka membuka lebih 200 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan dan teknologi moden.

“Lebih bermakna, pelaburan ini turut disokong melalui kerjasama strategik bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), termasuk peluang latihan, pembangunan bakat, serta tawaran sekurang-kurangnya 50 peluang pekerjaan graduan dengan pendedahan latihan di Malaysia dan China.

“Langkah ini penting dalam memastikan anak Johor bukan sekadar menjadi tenaga kerja, tetapi pemain utama dalam industri masa hadapan,” kata Onn Hafiz yang juga Pengerusi UMNO Negeri Johor dalam satu hantaran di Facebook.

Ulasnya lagi, mereka turut membincangkan pembentukan kluster rantaian bekalan industri bersama rakan ekosistem strategik.

“Usaha ini dijangka mewujudkan limpahan ekonomi yang lebih luas kepada syarikat tempatan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta penyedia perkhidmatan di Johor sekali gus mengukuhkan kedudukan Johor sebagai hab perindustrian berteknologi tinggi yang berdaya saing.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pas, Bersatu Ditimpa Kifarah Politik Akibat Khianati UMNO


“Saya yakin usaha ini akan menjadi pemangkin kepada pelaburan berkualiti tinggi, peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran anak tempatan serta pertumbuhan ekonomi jangka panjang untuk Bangsa Johor.

“Semoga usaha ini membawa manfaat kepada rakyat, membuka masa depan anak muda dan memacu Johor ke hadapan selari dengan aspirasi Maju Johor 2030. Insya-Allah,” katanya. – UMNO ONLINE

Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker