Budak 4 tahun maut motosikal rempuh pikap masuk simpang

Budak 4 tahun maut motosikal rempuh pikap masuk simpang

Budak 4 tahun maut motosikal rempuh pikap masuk simpang

SEMPORNA: Budak lelaki empat tahun maut manakala bapa dan adik serta seorang lagi pembonceng parah selepas motosikal yang mereka naiki terbabit kemalangan dengan sebuah pikap di Jalan Kampung Tampi-Tampi, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.50 petang, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas motosikal yang ditunggang bapanya melanggar pikap berkenaan yang sedang membelok kanan di simpang jalan.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Tan Hiap Wah, berkata kemalangan membabitkan pikap dipandu seorang wanita berusia 20 tahun dan sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 35 tahun bersama tiga pembonceng.

Bapa mangsa, pembonceng lelaki dewasa berusia 28 tahun serta adik mangsa berusia tiga tahun cedera parah.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa melanggar pikap yang sedang membelok ke kanan di simpang jalan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Orang ramai yang ada maklumat boleh hubungi 012-365 0021 untuk membantu siasatan.

Budak 4 tahun maut motosikal rempuh pikap masuk simpang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker