Bayar parkir selepas rompak lebih RM164 juta
Bayar parkir selepas rompak lebih RM164 juta

BERLIN – Segerombolan perompak membayar tiket parkir selepas melarikan wang tunai dan barang berharga dianggarkan bernilai £30,000,000 (RM164.1 juta) dari sebuah bank di Jerman, lapor akhbar Metro UK.
Rompakan berskala besar itu berlaku di bank simpanan Sparkasse di Buer, pinggir bandar Gelsenkirchen, minggu lepas.
Kumpulan pencuri itu memasuki sebuah tempat letak kenderaan sebelum menebuk dinding konkrit setebal 45.72 sentimeter (sm) dengan menggunakan gerudi industri.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki bertopeng memasukkan syiling ke dalam mesin pembayaran.
Rakaman lain memaparkan seorang ahli kumpulan itu mengangkat palang parkir automatik untuk memberi laluan kepada rakan sejenayahnya yang menaiki van jenis Mercedes berwarna putih dan kereta berwarna hitam.
Pihak berkuasa mendedahkan bahawa klip video itu dikongsi oleh mangsa rompakan menerusi aplikasi WhatsApp.
Sebanyak 3,300 peti deposit keselamatan yang disewa kepada 2,700 pelanggan telah dipecahkan.
Bayar parkir selepas rompak lebih RM164 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Langkah 2026 Dengan Keinsafan Dan Iltizam Baharu – Wan Rosdy
- Azam Tahun Baharu Tekat Perjuangan, Perkukuh Semangat – Nurul Amal
- Melangkah 2026, Terus Perkukuh Agenda Reformasi Undang-undang Negara
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johor Terima Pelaburan RM900 Juta, Buka Peluang Pekerjaan Kemahiran Tinggi
You must be logged in to post a comment.