Azam Tahun Baharu Tekat Perjuangan, Perkukuh Semangat – Nurul Amal
Azam Tahun Baharu Tekat Perjuangan, Perkukuh Semangat – Nurul Amal

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menyeru menjadikan tahun baharu bagi memperkukuh semangat dan meneruskan perjuangan yang belum selesai.
Beliau berkata tahun 2026 ini wajar diisi dengan tekad baharu, keazaman yang segar serta iltizam tinggi dalam menghadapi cabaran mendatang.
“Tahun baharu bukan sekadar pertukaran angka, tetapi kesinambungan sebuah perjuangan yang penuh liku dan pengorbanan.
“Ada langkah yang perlahan, ada juga saat hampir lelah, namun setiap usaha yang tidak pernah berhenti adalah bukti kekuatan diri,” katanya.
Nurul Amal dalam pada itu juga mengharapkan 2025 membawa simbolik kekuatan jiwa, ketenangan hati yang membawa kematangan dalam setiap pengalaman.
“Teruskan melangkah walau perlahan, kerana setiap perjuangan yang ikhlas pasti menemukan maknanya.
“Semoga segala usaha diberkati dan setiap doa dipermudahkan,” ujar beliau. – UMNO Online
Azam Tahun Baharu Tekat Perjuangan, Perkukuh Semangat – Nurul Amal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuju 2026: Gagasan Aspirasi Pahang 1st Diperkukuh, Kestabilan Politik Dipertahan
- ‘BTS’ Antara Program Bantuan Kasih Johor Di Parit Yaani – Najib
- PAS yet to decide on candidate for PN chairman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
2026 Bawa Harapan Baharu, Perkukuh Kesejahteraan Dan Pacu Kemajuan
You must be logged in to post a comment.