Kerajaan Perpaduan: Agenda Melayu, Kelangsungan Ekonomi Rakyat Tidak Ketinggalan

Kerajaan Perpaduan: Agenda Melayu, Kelangsungan Ekonomi Rakyat Tidak Ketinggalan

Kerajaan Perpaduan: Agenda Melayu, Kelangsungan Ekonomi Rakyat Tidak Ketinggalan

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Agenda Melayu dan kelangsungan ekonomi rakyat tidak tertinggal dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia (O2), Anis Anwar Suhaimi.

Ujarnya, rombakan kabinet yang berlaku baru-baru ini memperlihatkan Barisan Nasional (BN) memperoleh beberapa portfolio berkaitan ekonomi dan rantaian luar bandar, sekaligus ia mampu menepis persepsi Pakatan Harapan (PH) serta Dap adalah ancaman kepada kepentingan Melayu-Islam.

“Dengan meletakkan BN pada portfolio ekonomi dan rantaian luar bandar seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Perladangan dan Komoditi… kerajaan sedang membina naratif bahawa agenda Melayu dan kelangsungan ekonomi rakyat tidak ‘tertinggal’ dalam kerangka Kerajaan Perpaduan.

“Ini penting untuk menepis persepsi bahawa PH dan Dap adalah ancaman kepada kepentingan Melayu-Islam, kerana pencapaian ekonomi yang sampai kepada rakyat akan menjadi bukti paling kuat, bukan slogan.

“Pada masa yang sama, ia juga strategi untuk meneutralkan serangan pembangkang yang lazimnya menekan isu identiti dan kepercayaan. Apabila BN menjadi ‘duta prestasi’ kerajaan kepada kumpulan pengundi yang sukar ditembusi oleh PH, Kerajaan Perpaduan mendapat ruang mengalihkan tumpuan dan perhatian dari soal identiti kebudayaan kepada soal nasionalisme ekonomi yang masih menjaga kepentingan ekonomi Melayu,” katanya kepada UMNO Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kestabilan Politik: Hadiah Rakyat Pada PRN, Gilap Potensi Negeri Johor



Ujarnya, BN juga mendapat peluang untuk menjenamakan semula parti melalui prestasi dengan portfolio-portfolio yang dilihat dekat dengan rakyat.

“BN sebenarnya mendapat peluang penjenamaan semula melalui prestasi, bukan retorik. Di MITI, Datuk Seri Johari Abdul Ghani boleh memposisikan kejayaan bukan sekadar pada angka pelaburan masuk, tetapi pada kualiti limpahan kepada rakyat, khususnya pekerjaan bergaji lebih baik, pemindahan teknologi kepada firma tempatan dan penyertaan vendor Bumiputera dalam rantaian bekalan bernilai tinggi.

“Jika MITI mampu menunjukkan pelaburan yang benar-benar menghasilkan pekerjaan berkualiti untuk rakyat tempatan, itu akan memulihkan imej kompetensi BN dalam mengurus ekonomi, dengan naratif yang sukar dipatahkan pihak lawan kerana ia bersandar pada ‘output’ nyata.

“Pun begitu, beliau perlu juga berhadapan dengan beban kerja yang telah ditinggal oleh mantan menteri sebelumnya khususnya dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang mengundang keresahan rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Kerajaan Perpaduan: Agenda Melayu, Kelangsungan Ekonomi Rakyat Tidak Ketinggalan

Mengulas lanjut beliau menegaskan bahawa BN akan kembali dilihat relevan sebagai rakan gabungan yang membawa nilai tambah jika dapat menampilkan beberapa kemenangan dasar difahami rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tony Pua… Kepintaran Atau Keangkuhan Politik?


“Di (Kementerian) Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad boleh membina semula sokongan luar bandar melalui agenda yang sangat praktikal, iaitu kestabilan pendapatan pekebun kecil, produktiviti, pemodenan ladang dan pengukuhan kedudukan komoditi Malaysia dalam pasaran global.

“Kekuatan UMNO secara tradisi ialah rangkaian peneroka dan komuniti desa. Portfolio ini memberi ruang untuk BN membuktikan ia masih ‘dekat’ dengan denyut ekonomi rakyat.

“Bagi portfolio Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang kini diterajui Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, tumpuannya ialah membina kredibiliti pembangunan yang mampan dan pembahagian manfaat sumber secara lebih meyakinkan… khususnya di Sabah dan Sarawak yang sentiasa sensitif terhadap isu hasil, pembangunan setempat serta tadbir urus sumber.

“Jika BN dapat menampilkan beberapa kemenangan dasar yang mudah difahami rakyat… BN akan kembali dilihat relevan sebagai rakan gabungan yang membawa nilai tambah, bukan sekadar menumpang kuasa,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

Kerajaan Perpaduan: Agenda Melayu, Kelangsungan Ekonomi Rakyat Tidak Ketinggalan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pas, Bersatu Ditimpa Kifarah Politik Akibat Khianati UMNO

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker