Johor Terima Peruntukan Pelebaran Lebuhraya Pasir Gudang Fasa 3

Johor Terima Peruntukan Pelebaran Lebuhraya Pasir Gudang Fasa 3

Johor Terima Peruntukan Pelebaran Lebuhraya Pasir Gudang Fasa 3

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Projek pelebaran Lebuhraya Pasir Gudang (FT17) Fasa 3 bakal dimulakan secara rasmi susulan pengumuman kelulusan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan MADANI 2026 pada 10 Oktober 2025 yang lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata projek ini bertujuan meluaskan lorong sedia ada bagi memastikan aliran trafik lebih lancar serta menampung kapasiti kenderaan berat.

“Projek ini melibatkan beberapa fasa penting dengan perincian seperti Fasa 1 dan 2A (Kangkar Tebrau ke Seri Alam) yang telah siap sepenuhnya pada 2018.

“Fasa 2B (Seri Alam ke Pasir Gudang Interchange) sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada Julai 2026. Fasa 3 (Perling ke Susur PLUS) yang melibatkan laluan sepanjang 7 KM dengan kos RM174.53 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada 2028,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebooknya.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir itu, setakat Disember 2025, kemajuan kerja di tapak bagi Fasa 2B sedang dipantau rapat oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan kontraktor mematuhi jadual, manakala kerja-kerja awal (on-site) bagi Fasa 3 telah pun bermula.

“Insya-Allah, walaupun kita perlu menempuh sedikit kesukaran buat masa ini, bayangkan keselesaan yang bakal kita nikmati setelah siap nanti. Mari sama-sama kita doakan agar projek ini berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya. – UMNO ONLINE

Johor Terima Peruntukan Pelebaran Lebuhraya Pasir Gudang Fasa 3

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pas, Bersatu Ditimpa Kifarah Politik Akibat Khianati UMNO

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker