Terry lelong jersi memori pahit tergelincir sepak penalti 2008

Terry lelong jersi memori pahit tergelincir sepak penalti 2008

Terry lelong jersi memori pahit tergelincir sepak penalti 2008
TERRY tergelincir ketika mengambil sepakan penalti pada final Liga Juara-Juara 2008 menentang United. FOTO Agensi

London: Bekas kapten Chelsea, John Terry melelong jersi yang dipakai ketika tergelincir melakukan sepakan penalti pada final Liga Juara-Juara 2008 menentang Manchester United.

Ia hanyalah salah satu daripada lebih 20 barangan milik bekas pertahanan legenda Chelsea dan England itu yang akan dilelong pada Rabu ini, dengan hasil lelongan disalurkan kepada badan kebajikan.

Barangan tersebut mempunyai harga bermula sekitar £3,700 dan membawa bersama kenangan pahit buat Terry yang kini berusia 45 tahun.

Terry dipanggil untuk mengambil sepakan penalti penentuan pada final Liga Juara-Juara 2008 selepas kegagalan Cristiano Ronaldo meletakkan Manchester United di ambang kekalahan.

Sejak itu, Terry pernah berkongsi tentang kesan emosi yang besar akibat detik tersebut dan cabaran kesihatan mental yang dihadapinya selepas kekalahan berkenaan.

Kini, beliau menyalurkan pengalaman pahit itu ke arah tujuan murni dengan melelong koleksi memorabilia lamanya dalam lelongan bernilai keseluruhan kira-kira £120,000.

Hasil lelongan akan disalurkan kepada Yayasan John Terry, yang menyokong pelbagai badan kebajikan di seluruh negara.

Terry berkata: “Yayasan saya akan mendapat manfaat bersama dua yayasan yang sangat dekat di hati saya dan amat memerlukan dana.

“Ia untuk tujuan yang baik, jadi segala sokongan amat dialu-alukan.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tony Pua… Kepintaran Atau Keangkuhan Politik?


Selain jersi penalti yang terkenal itu, bekas ikon England ini turut melelong set lengkap jersi yang dipakainya ketika mengangkat trofi Liga Juara-Juara 2011/12, walaupun beliau digantung perlawanan pada final tersebut.

Jersi ikonik lain termasuk jersi daripada perlawanan terakhirnya bersama Chelsea dan jersi terakhir sepanjang kariernya, masing-masing disenaraikan pada harga £740.

Namun, barangan paling bernilai ialah pingat kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim 2004/05, gelaran liga era moden pertama buat dirinya dan kelab yang dinilai sekitar £74,000 sahaja.

Beliau juga menjual jersi yang diterimanya daripada legenda bola sepak lain, termasuk jersi Manchester United yang ditandatangani Ronaldo, jersi Lionel Messi, serta jersi yang dipakai dan ditandatangani oleh Thierry Henry dan Gianluigi Buffon.

Terry menjual barangan tersebut dengan kerjasama Goldin Auctions, sebuah firma lelongan yang pakar dalam memorabilia sukan dan hiburan.

Lelongan itu akan dibuka pada awal pagi Rabu ini.

Terry lelong jersi memori pahit tergelincir sepak penalti 2008

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pas, Bersatu Ditimpa Kifarah Politik Akibat Khianati UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker